Monday, November 19, 2018

Diaperless

Raul and Raiq are both diaperless during the day since early this year.

Raul sejak masuk tadika (he's 4 this year) memang latih la tak bagi pakai pampers dah. Yela dia pun dah besor...

Memang Razin dulu pun dah start pergi tadika baru diaperless cos tengok kawan-kawan tak pakai diaper, dia pun malu.


As for Raiq, aku pun startkan dia awal dari yang lain... since dia and Raul pun jarak dekat je (beza setahun), sekali harung jela train.


Alhamdulillah now siang memang tak pakai pampers except if they're sleeping. Time ni kelam-kabut pakaikan cos taknak bocor kena karpet.

Malam still pakai...

Camne tah nak latih supaya tak pakai waktu malam. Padahal dah suruh kencing before tido. Still basah jugak diapers dua-dua orang.

Sebab aircond kot?

Haii cpt la abis fasa berpampers bagai ni. Tahun depan dah la nak tambah sorang lagi huuuu www.tips-fb.com

Thursday, November 15, 2018

Raul's assessment



Went to KPJ Ipoh on 12th Nov 2018

Appointment was set weeks before cos we wanted to see Dr Wong so that she can assess Raul's development and diagnosed whether Raul ada any 'specialties' or something.

This is because;

1. Raul is 4 years and now already Nov... he'll be 5 next year but still sangat-sangat pelat and his progress is not very good. Dari result tadika and dari kertas ujian dia memang nampak dia agak lain dari Razin & Raiq so I decided to see a pediatrician that can assess him. Ni pun recommendation dari Dr Diong jugak when I brought Raul to see him (because of an injury)



Call me kiasu or what not. Tapi of cos ler risau if nombor dalam kelas corot.
Top 3 dari belakang kot. lol
Masa ni baru la rase macam, eh anak aku tak sama dengan budak lain ke??




2. Penilaian dari cikgu tadika Raul; dia taknak berkawan sangat or join activities yang melibatkan singing or dancing. Lebih suke buat hal sendiri... bila orang nyanyi or baca doa, dia diam je. I noticed this too. Sebab beza sangat dengan Raiq yang suka nyanyi lagu abc la ape la... kekadang sampai I was annoyed cos he wouldn't shut up lol. If dekat playground and ada budak lain, dia ok je... main jela... cuma dalam kelas bila nyanyi2 or baca doa ke, dia wat dek je. Senyap, mulut tak gerak.




Ni masa hari interaksi di tadika Raul.




3. Baru start hantar Raul and Raiq untuk kelas membaca (phonics). Ni kiranya kelas tambahan la untuk Raul cos siang tadika, malam aku hantar reading pulak. Mostly sebab aku nak dia mengadap buku and bukannye tengok tv. If duduk rumah memang tengok tv je. Then cikgu di kelas reading ni ada komen yang dia tak berapa focus, air liur selalu menitis bila membaca or bercakap (yeah we know this) and masih bermasalah untuk pegang pensel betul-betul padahal dah nak setahun pergi tadika. Should be dah tau pegang pensel patutnye...

4. Untuk makluman aku sendiri. Aku nak dengar dari mulut orang yang betul-betul pakar if anak aku ada masalah ke ape ke... for my own peace of mind. Dari berteka-teki, better la jumpa pakar.


So we went.

Husband took a day off since the appointment was on Monday. Drove to Ipoh with just the 3 of us. Appointment pukul 2pm, tapi jumpa doctor around 2.30 ish.

So Dr Wong ade buat a few tests for Raul.

1st, she blows bubbles and asked Raul to catch the floating bubbles. Then she asked Raul to blow the bubbles pulak...

Next, she asked Raul to play a toy truck with her. Dia rolled the truck and Raul's supposed to catch it and rolled it back to her.

There were also a bunch of flashcards. Cards showing people doing this and that. And she asked Raul what is this kakak doing? What is this uncle doing? (Kad2 tu tunjuk org tengah baca buku, tengah tido, tengah makan etc etc)

Waktu ni bole la dengar Raul cakap. Memang pelat la kan... so doktor pun cakap yg Raul 'telan' huruf mula-mula.

Contoh kepelatan Raul:

"Mak, nak tutu" = mak, nak susu
"Mak, nak iyo" = mak, nak milo

But he can talk ok la.. takde la dia tak nak bercakap kan... just pelat sesangat and sometimes ade je aku tak paham dia cakap apa.

Dr Wong also test Raul bab colors, huruf abc, anggota tubuh etc.

Bab colors banyak jugak dia tak tahu lagi... (beza dengan Raiq. At 3yo dia dah kenal semua warna)

Abc too... memang tak kenal huruf (maybe sebab kat sekolah belaja phonics?) - again, Raiq at 3yo dah kenal semua huruf (uppercase cos dia suka study tikar parklon yang ade tulis ABC and suka buat bentuk alphabet dgn jari and suruh aku teka dia tengah buat huruf ape

Bahagian tubuh ok la ade je dia tahu, tapi ade juga yang tak tahu. yang tak tahu tu maybe sebab takde dalam vocab harian... (ni pun  Raiq lagi banyak tahu)

Ade jugak Raul kena lacing item, connect pieces together... He did great.

And finally I was asked whether Raul made any repetitive actions. Haa this one aku 100% sure memang TAKDE. Ni paling senang nak detect budak tu ade autism or not...

Autism sendiri ada byk jenis. Autistic disorder, Asperger Syndrom and pervasive developmental disorder (hasil google... aku memang tak berapa tahu sgt la bab2 ni)

So, dari assessment on that day, doctor said that he didn't have autism. He's just a normal boy... But yes dia memang slow for his age.

Level Raul ni bukan level budak umur 4 tahun nak masuk 5 tahun. But more like a 3 year old. So aku tak boleh nak paksa dia tahu semua macam budak baya dia yang lain.

He needs speech therapy and kena improve on fine motor skills. Maybe I need to send him to occupational therapist?


Dr Wong suruh aku beli buku ni...





Total cost including consultation = RM300




So yeah... aku dah bagitahu la bab ni kat cikgu-cikgu dia semua. And aku sendiri dah redha and accept that he is like this.

Of course I feel kinda sad, but at least dia takde masalah yang sangat teruk. I learn not to expect much. For me, asalkan ade progress walaupun ianya slowwwww progress. Kena latih diri untuk sabar banyak-banyak.

Which is also why aku hantar dia kat kelas tambahan membaca tu. I admit that I am notttt a patient person. Really am not. Aku tak suka menunggu, aku tak suka ditunggu and aku sangatlah tak sabar.

Maka better dia diajar oleh cikgu-cikgu. Bukanla aku tak ajar dia langsung ok. Ade je ajar tapi gitu-gitu jelah, di tahap yang tak menaikkan darah aku.

Aku pun penat weh. Kalau ikutkan hati memang aku nak stop berniaga and fokus 100% to my children. Buat jadual, everyday ade aktiviti yang dibuat untuk diorang punye mental and physical health (for my sanity too).

Dah 2 tahun kami laki bini PJJ, laki aku kat Klang and aku kat Lumut. He only came back on Friday lepas abis keje and gerak ke Klang semua pukul 4 pagi hari Isnin. Terus masuk kerja.

So aku lah yang pergi hantar anak skolah/tadika, pergi amik... hantar kelas swimming waktu petang (Razin), malam hantar kelas reading pulak (Raul & Raiq)

Belum lagi bab kena handle kedai and online orders bla bla bla. Memang aku busy nak mampos weh. Penat pun sama... ingat tak pernah ke drive ke hulu ke hilir? Kena buat alarm every classes cos takut terlupa hantar/amik anak. Ikutkan hati memang nak berenti bisnes. Tapi have to work la jugak...

Alasan cliche adalah DUIT.

I need money. Aku xboleh la nak harap suami aku je. I mean like seriously I know how people say ade je rezeki etc. Well... maybe someday akan stop but not now. I have to earn money cos memang seksa kalau sorang je breadwinner in the family. lagi pulak anak tengah kecik-kecik ni weh. Nak beranak lagi tahun depan pulak tu haha

Money is not everything, yes. But everything needs money lol

Aku nak bagi my children ape yang aku tak dapat belajar masa kecik dulu. Like swimming for example. And yes there are some other classes I would like them to join too...

Mak kerja untuk tampung education anak-anak. Like seriously aku takde harta ape pun. My only hutang is ptptn. HAHA

Lain-lain semua hutang laki aku; rumah, kereta, bill2... so silalah support Mama Panda Store cos I'm raising money for my kids education jer. lol.

Plus, aku bernasib baik jugak la cos bekerja sendiri. Masa fleksible (walaupun terkejar-kejar if staff cuti) and i am my own boss. So... selagi boleh cari duit, kita cari la duit haha

Anyway.. that's it for now. Nanti free mak update lagi blog ni.

Raul, if someday you read this, pls know that I love you just the way you are son. I'm so proud of you kid. You are no less than any other children. Know that.

www.tips-fb.com

Monday, July 31, 2017

Raiq's 2nd birthday

bismillah...



Eh, yang 1st birthday ade ke update kat blog ek?

Oh takpelah. Mak kan busy hehehe...

Tapi ni tengah free sikit so nak update celebration Raiq's birthday last weekend.

Actually, Ayah nak ajak pergi Cameron tapi Mak dah jemu and bosan nak naik Cameron. So macam biasa, kita balik Beruas cos Mak teringin nak makan laksa yang Opah buat. hehehe...





Muhammad Raiq Alfatih.

My second c-sect

Unplanned pregnancy. A surprise actually.

Alhamdulillah for the rezeki.

Raiq is a Leo just like Mak. hehe...

I hope you'll become a great man someday, Raiq



Masa on the way balik kampung.
1st time bawak Lola balik juga cos kesian nak tinggal walaupun just one night since she's not very well.
Beli sangkar, pasir, litterbox, scoop baru untuk letak kat Beruas.


Mak and birthday boy



Abang Raul




Cake kecik je, beli kat Sunlight.
Sebab baru lagi makan kek birthday Pak Uchu and Opah (they're all July babies)

Tapi sebab birthday Raiq 29 July and dah hujung bulan, kita celebrate lain ye hehe...







Pictures taken by Opah so senget-benget sikit haha...
Mak Yang takde masa ni cos pergi menjual ikan (haha long story)
Abg Yoi pun takde masa ni ade latihan ape tah kat sekolah..




Kita akhiri blog post dengan trademark Raiq.

Tangan meminta tu. Dia sorang je style gitu kalau mintak barang hahaha


That's all for now.

Adios 



alhamdulillah...
www.tips-fb.com

Wednesday, July 26, 2017

Razin's first field trip

You went to Zoo Taiping last 15th July 2017












It's your first time going on a bus without your parents, Razin. I was anxious and worried. Thanks to your teachers, you arrived safely around 3.30pm that Saturday.

I forgot to make sure you wore your shoes. Instead, you wore slippers. Haha. My bad.

Sorry Razin. Mak had a lot on her minda.

Till then

www.tips-fb.com

Tuesday, May 30, 2017

Razin pertama kali berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah dah masuk hari keempat berpuasa dan Razin masih kuat puasa penuh.

Mak dah tak puasa since semalam (hari ke-3) sebab cuti, Mak ingatkan kalau Razin tengok Mak makan, Razin nak makan... tapi tak!

Lega Mak. =)


Semalam gerak dari Pahang pukul 11 pagi, singgah Cameron beli strawberries then sampai rumah Opah (Beruas) around pukul 5 petang.

Berbuka kat rumah Opah best la cos ramai ade... pak uda, mak yang, pak uchu, mak teh, abg yoi, opah...

"Razin, seronok tak puasa?" Mak tanya

"Seronok!" and you seem genuinely happy breaking fast.

"Kenapa seronok?"

"Siang puasa, tak makan... malam boleh makan!" and you beamed.

Alahai... simple je jawapan budak 6 tahun.

I hope you remember this Razin. The joy of fasting and breaking fast.

And I hope you remember what I told you about "kenapa kita kena puasa"

Cepatnye Razin besar...

Semalam, the whole way balik Lumut, Mak mengenangkan how time flies so fast.

You now sleep in your bedroom, and now you have started fasting seriously too. I am so proud of you, son.

I hope you will have the best of life and the hereafter.








alhamdulillah...

www.tips-fb.com

Saturday, May 20, 2017

Razin's Sport Day

bismillahirrahmanirrahim...



Tadika Razin baru buat Hari Sukan today.

Kali ni bala tentera (Opah, Mak Yang, Mak Teh & Abg Yoi) takde... so it's just us.

Ayah pergi dulu hantar Razin pukul 8. Mak and Raul & Raiq datang kemudian around 10 am ish. Berperang nak mandikan dua orang budak tu. Haih...



Tahun ni Razin rumah merah plak. Sebelum-sebelum ni Hijau...




adoi.. lebarnye muka Mak!
Lama tak pergi gym. berat pun naik.
Huwaaaaaa





Ni Raul nak melarikan diri dari orang ramai-ramai.
He stayed in the car by the way. Cos dia takut bunyi bising dari mic & speaker.
Sabo jela





Ni Raiq yang tak takut orang. Happy to be out.
Tapi dia ni kan dah seminggu lebih mencabar kesabaran Mak and dah 1,2x I lost it.
Ntah ape hal asyik nak melalak je kerjanya.
Bangun pukul 2,3 pagi melalak. 
Kekadang sambil tengok tv, sambil makan pun melalakkkkkkkk tak habis-habis.

tension gila.

tapi tengok la pic tu. hepi kemain. huh!



Now Mak kat kedai sebab nak settlekan keje sikit... alang-alang update blog terus.

By the way, dah order refurbished desktop kat Shopee. Less than 1k. Hopefully ok la. aku doa sangat-sangat semoga ok huhu... Pasni leh wat keje dari rumah je hehehe...

Sekian, adios




Written By Ryehana
alhamdulillah...
www.tips-fb.com

Monday, May 15, 2017

Raul's 3rd Birthday

bismillah...



Birthday Raul tahun ni jatuh pada hari Ahad minggu kedua di bulan May, iaitu hari ibu.

So kita sambut sekali jela. Ayah pun beli kek tulis Mother's Day sekali. Jimat.

Tapi malangnya Raul tak sihat. Demam and ada ulser dalam mulut. Sian Raul :'(


Ayah beli kat Sunlight Cafe. Sedap jugak. Licin... Jimat. =P
Raul tak makan pun kek ni. alahai cian Aul...




Simple celebration je.

Happy Birthday, Raul!




Gambar pun asal ada.



Raul tak makan langsung hari tu. Minum susu je. Tu pun tak banyak. Semua orang risau. Sian sangat...

Then we went to Ulu Licin untuk mandi sungai! Yes, Mak yang nak sangat-sangat berendam. Kita pergi pukul 1.50 petang, time tengah panas terik hehe...


Ramai orang kat lata. Usual spot takleh nak pergi, so melepak port lain... ok la jugak, takde batu. best berendam...







Seronok Raul main air :)




Photos taken by Ayah.

Jadila... takdela bosan mereput je kat umah.

Raul & Raiq mula-mula takut cos air sejuk gila. Then lama-lama baru ok... Raiq siap tak nak naik, tak nak balik hehe...

Pukul 3 kita balik. Kejap je mandi-manda... sebab petang tu nak balik Lumut pulak.




Raiq yang cranky sebab tak puas mandi.
Tak padan ngan kecik and dah terendam satu badan.. tak serik.. tak nak orang pegang lak tu.
Sabo jelaaaa...
Actually dia melalak-lalak dalam kereta, bila Mak snap pic, baru terdiam sekejap. Cover macho hehe...




Raul yang kesayuan. Ni masa otw balik Lumut.
Mak drive sorang cos Ayah bawak balik kete Wira, and he went back earlier.

Raul guna botol berisi air sejuk and tuam kat pipi nak legakan ulser.
Kesiannnnnn


Ni gambar harini.
Raul meragam je kejenya sampai Ibu pun pening.
Mak kalau ikutkan malas nak masuk kedai, tapi sebab Pak Uchu kamu sakit kaki, terpaksa la masuk kedai jugak. Nanti barang2 yang customers order tak berpos pulak.



Ni kisah Pak Uchu kamu.. eh masuk jugak dalam blog ni? hehe...


ok, itu sahaja.

Jumpa lagi di lain lapangan.


alhamdulillah...
www.tips-fb.com