Thursday, December 29, 2011

Razin jalan-jalan



- Dah mula berjalan setapak dua then jatuh masa kat umah Nenek di Felda Lakum, Pahang on 24th-26th Dec 2011.

- Suka makan. Macam-macam benda dah Mak bagi Razin makan. :P

- Gigi atas dah tumbuh 2 batang. So dah ada 4 batang gigi. Gigi bawah yang 2 batang tu makin besar. Kalau Razin gigit memang sakit. Mak selalu bengang kalau Razin gigit-gigit time menetek. Grrrrrr...

- Selain itu, Razin still tak abis-abis suka gigit dagu Mak.

- Manja sesangat.

- Suka main tv. Suka tutup-tutup tv sebab nak tutup senang je cos ada touchscreen. Pastu bila tv dah tutup, pusing belakang tengok orang yang marah dia sambil gelak-gelak. Geram betullll

- Kalau berak, petandanya ialah Razin takmo duduk. :P

- Nak tido dengar lagu Maher Zain...

- Suka jalan-jalan especially bila kena 'wear' dalam carrier. Alhamdulillah Razin tak banyak perangai. Dok dalam stroller ok, dalam carrier pun ok.

- 26th-27th Dec 2011 adalah 2nd time Razin dok tido kat hotel. This time di Cameron. Razin seronok sangat. Before checkout last Tuesday, kita 3 orang anak beranak berendam dalam tab mandi hotel. Razin suke la camtu... hehehe... nanti bebila free and ada rezeki, kita jenjalan lagi ye Ajin... :)

- Rambut dah kena potong for the 2nd time since lahir. Nampak lain... muka nampak bulat. Mak yang potong kan rambut Razin untuk kedua-dua kali. Ala trim je sebab rambut dah nak masuk mata.

Lagi ape nak update...

Oh masa Mak menulis ni Razin kat Beruas lepas kena kidnap ngan Opah, Mak Uda Lin and Mak Tih Diyana masa diorang singgah petang tadi. So malam ni dapatla Mak rileks sikit. hihi... Umah dah macam kapal pecah sebab since balik tak kemas ape lagi. Susah juga bekerja dari umah ni... huhu...

Razin nakkan perhatian Mak sentiasa. Mak pun ada kerja jugak sayang (walaupun tak pergi kuar ke ofis dah pagi-pagi). Mak kena selalu online... haih... harap-harap ok la pasni... Mak kena sesuaikan diri juga...

This is random.... tapi nak tulis jugak kat blog Razin ni (sebab tak ramai orang bace)....


My wishlist in January:

1. Another baby carrier for Razin. Dah book Beco Butterfly 2... Baru bayar deposit RM100.. Balance time orang bayar duit Quinny next week.

Why I want another carrier? Sebab yang Ergo tu macam lebih sesuai for hubby... so biar la dia pakai yang tu. Takyah nak adjust2 strap dah setiap kali bertukar orang yang pakai... another reason is because aku nak try Beco lak! haha... kalau tak best, nanti aku let go and try Boba lak... hihihi... I've been bitten by a babywearing bug, remember? =P

This is the one that I want. Nama pattern ni Tyler.
Design dia neutral so sesuai for boy or girl.
*winks*


Aku lebih suka SSC dari ring sling or wrap. Mei tai tak nah try tapi macam tak minat je :P
Wrap tu best sebenarnye tapi sebab aku tak tahan panas, so takdela gile ber'wrap' sangat


2. Ikut rombongan Cik Kiah ke Langkawi during cuti Chinese New Year. Aku tak tau la laki aku leh join ke tak time tu tapi aku nak pergi jugak. Rombongan ni Mak aku yang organize so join jela. RM210/person jer untuk trip ni. RM210 tu dah meliputi hotel 2 malam bersama breakfast (Hotel Langkasuka kat Kuah), tambang bas masa nak pergi dan masa kat Langkawi dan juga tambang ferry. Ok la kan? So aku mau pergi


Insya Allah takde aral melintang kami ramai-ramai akan ke Langkawi this CNY :D



3. last but not least, aku akan pastikan aku ada 2nd stroller for Razin before ke Langkawi. I want Maclaren Triumph! :D Insya Allah aku akan beli before CNY. Senang sikit nak bawak travel. Zapp Xtra is not suitable kalau nak bawak pergi rombongan and naik bot bagai... Kalau Zapp yang biase tu ok. Actually aku terfikir gak nak beli Zapp biase tu tapi hubby bising... Lagipun takkan dua2 stroller brand Quinny kot? try Maclaren pulak la... murah pun murah dari Quinny =p

Being a purple lover, of course I want purple color.
Tapi ada orang advise kalau nak pakai Maclaren amik kaler gelap-gelap cos nanti bila dah folded, roda dia tu kena kat kanopi. abis comot kalau warna cerah...
Aku harap purple ok kot?


Tak sabar nak membeli sume ni... wahhh macam banyak duit je... tak sedar diri dah takde majikan. ;p

That's all.

Babai.

www.tips-fb.com

Thursday, December 15, 2011

9 months old Razin


Yezza.... Razin dah 9 bulan last 11th Dec.

Arini bawak ke klinik checkup 9 bulan. Baru la jejak klinik setelah 3 bulan tak jejak KKIA Sitiawan tu. ngeh ngeh

Takde kena cucuk rupanya.. aku ingatkan ade.. so just timbang berat jelah.

Aku ingatkan Razin punyer berat dah 10 kilo or 11 kilo sebabnya memang tak larat nak dukung kalau sebelah tangan. Rupanya 9.3 kilo je!

Ok, meh update details: (copy paste dari buku checkup dia)

Berat: 9.3 kg
Panjang: 74 cm
Lilitan kepala: 45 cm

Itu saje. Next checkup bulan 3 tahun depan time dia dah setahun.

Melambai tak reti lagi, tepuk tangan pun tak reti (tau tepuk paha dia je kerjanya) lagi. huahuahua... segan aku bila nurse tanya 'Tau bye2 tak?' and aku jawab, 'Tak ajar pun'.

MUAHAHAHAHAH... Hampas punyer Mak. Nak wat camne, Mak Ajin ni busy ar. Aku pun tak tau la ape yang aku busy beno.

Tapi memang belum ajar dia lambai2 (babai) lagi... tepuk amai2 aku dah ajar tapi haram dia nak ikut. Dia gelak je tengok aku tepuk2 macam hape... cehh. Same ar ngan nak suh dia 'sayang' pun. 'Sayang' tu nak suruh dia kiss la... tapi dia buat ape?? Dia gigit dagu aku. Asah gigi kat dagu aku. Huhu... hai la anak...

Takpe la Ajin. Take your time... Tunggu Mak benti keje nanti Mak buat latih tubi kat Ajin, bley??

Flashcard yang aku guna untuk ajar abis jahanam kena gigit-gigit and makan. Mak aku pun cakap, "mane reti nya lagi..."

Tapi aku dok bace ramai je orang ngajo anak guna flashcard sejak awal? ker aku nyer teknik salah? yela... ajar kejap-kejap je cos aku tengok dia tak minat tengok gambo... dia minat nak capai kad tu then masuk mulut. -___-"

Mmm rasenya biarla dia jadi baby dulu. Ajor jela ape yang dia minat.

Setakat ni dia minat lagu... Lagu Old McDonald tu kalau aku nyanyi dia pun nak nyanyi jugak. Same goes with lagu Alif Ba Ta kesukaan dia tu. huhuh...

Semalam Razin dah start makan ayam. Ok je... nasib baik. selama ni bagi ikan, tak nah bagi ayam lagi. Alhamdulillah berat dia naik cantik je...

Rambut dia dah panjang... dulu aku pernah trim dah sikit-sikit, ni nak kena gunting lagi la ni... tak tau bila... sekarang seksa betul nak bagi dia duk diam especially time lepas mandi nak pakaikan baju. Bergelut ngan dia je kejenya...

Sekarang aku nak pakaikan lampin pun susah. Nasibaik la aku pakaikan dia cd, cos ade snap button kan... kalau pampers biasa jawabnye arwah la cos dia asyik tarik2 cd velcro. Kalau pakai cd velcro kena cepat-cepat pakaikan suar. huhuh...

Tapi tu la... snap ni leceh sikit. lambat nak pakai kalau dia berdiri (hoyeahh aku dah terer pakaikan lampin sambil Razin berdiri! bangga ni... hins hins)

Gambar baru kejap ni...
Nyibuk kat 'ofis' mak.
=p


Jom close up ape yang ada kat wall meja kerja Mak tu....

Plaque of Value (POV) yang dibuat masa training di Thistle PD last July (or June?),
Gambar bersama Kak Rehan and Abg Irman di PD tu
Gambar dgn Nurul and Eja time jamuan raya last year (ada gambar En Ismail terselit gak)
Razin and hubby
Razin di Swiss Garden Damai Laut


^____^


www.tips-fb.com

Wednesday, December 7, 2011

Almost 9 months

Dear Razin,

Why did you woke up at 3 am last night?

And woke up again at 5 am???

I'm turning into a monster. I almost yelled at you for crying your eyes out. I'm so tired... Why la you acting like this when Ayah is not around? T___T

I have no mood to go to work but I still did la since kena punch card bagai... Don't know when is my last day working there... I'm still waiting for HR to call me to advise on my last day... I can't wait to be free!

I am also stressed with a couple of my suppliers... You know Razin, since I have you as a child, I am so into baby stuff. Most of my money went to you... your stroller, clothes, toys etc. So I think why not I sell baby stuff? And that is why I'm trying my luck in this business thingy. Wish me luck eh... I want to be a Work At Home Mom (WAHM)! :P

However, I do have doubts. Can I really stand it to take care of you alone?? I have a bad temper... And i'm not really a patient woman. I cannot really stand crying babies...uhuhuhu... well... I have to manage somehow!

Ayah kena dok Johor starting this 12th Jan. We still don't know yet whether you and me will follow him there. If we follow him there, Ayah has to rent another house since he's staying in a house with 7 other colleagues. Me don't know la... I hate to leave Lumut actually... I already have some plans and then this happened. Arghhh don't know la Razin!!

Maybe in the meantime we'll be apart... Ayah has to stay in Johor for a year, I think. That's not too long, is it? Unless I got pregnant.. no... I don't want to be apart from your daddy when that happens!

Oh well Razin.. so many things happening right now.

I've had dreams of you walking by your own these days... selalu gak la... I don't know what that means?

Anyway, let's end this entry with your pictures... :)




Dah mula panjat tangga!!!

Ayah, sila beli safety gate cepat2 yer...


www.tips-fb.com

Monday, November 28, 2011

Video update (8 months old)

First video was taken on 18th November... Razin was trying to stand... actually dia dah boleh diri dah time ni tapi masa video ni dirakam, dia ngada-ngada... hehehe






Yang 2nd video was taken yesterday (27th November). Mulut dia bising je kena kurung dalam playpen... hehehe...




Itu je nak update.

Daaaaa... www.tips-fb.com

Thursday, November 24, 2011

1 je???

Tak sangka baru ada satu entry sahaja untuk Razin 8 bulan (refer Label kat blog ni). isy isy isy...

Apela yang Mak Ajin ni busy beno kan sampai tak sempat update? huhu...

Dear Razin,

Kenapa Razin sekarang susah benor nak tidur? Waktu malam time Mak dan Ayah nak tidur, Razin makin aktif. Merangkak sana sini... bergolek sana sini... Geram Mak tau... Mak penat. huhu

Razin makin kuat suaranya kalau menangis. Gile-gile punyer kuat. Menjerit sekuat hati padahal sebab takde orang teman Razin kat hall je pun... Sabau jelah

Razin dan merangkak laju sekarang ni... Mak tengah nak order knee protector tapi cam maleh pun ada... hehe

Berdiri pun dah boleh. Letak dalam playpen, asyik nak berdiri je...

Sekarang dok bertatih-tatih je kalau Mak rajin nak melayan. hehe...

Ape lagi ek...

Rambut makin panjang... macam nak kerinting...

Badan makin tinggi dan lonjong. Nampak macam dah susut sikit badan Razin , sebab aktif kot. Tapi berat same je macam makin berat. Mak memang tak larat nak dukung. huhu

Sekian, sambung lain kali

Update gambo pun lenkali

Mak busy la lately sayang :'( www.tips-fb.com

Sunday, November 13, 2011

8 months old


Sayangku Razin dah 8 bulan!

He's trying to crawl these days... and he's trying to stand. Dah leh diri kalau panjat aku. huhu...

Tak bawak checkup kat klinik lagi so tak tau berat berapa... tapi memang berat ar... Aku dah tak larat nak dukung Razin lelama. Even nak sidai baju pun aku pakai baby carrier (cos ada masanya Razin dok menjerit bila tengok Mak dia takde kat hall)

Razin makin bulat, makin banyak akal...

Tapi alhamdulillah dia tak banyak ragam. Pergi mana-mana pun ramai kata Razin baby yang baik... actually aku tak perasan pun benda ni, tapi dah orang kata gitu, yela kot. hehe

Macam semalam, kami ke Penang bersama Nyda untuk pergi kenduri kahwin kawanku, Ana Syahidah. Nyda park kete dia kat umahku, and kami gerak naik Mr Cherev. Nyda dok belakang dengan Razin tapi Razin cam biase la, duduk dalam Maxi Cosi Cabriofix dia. And macam biase, dah duduk dalam carseat, dia akan diam and tertido. Nyda commented 'Senangnye kalau bawak berjalan' cos letak je dalam carseat. Mak memang ajar Razin dok dalam carseat sejak Razin kecik lagi... Razin memang tak banyak ragam kalau berjalan. hehehe...

And Razin tak meragam masa kat kenduri Ana Syah. Dok perhati orang je... Restless time dah panas jela kot. Tu pun tak nangis... cuma tak dok diam je... hehe..

Alhamdulillah... makin bijak anak Mak ni...

Cayanggggg Razin!




Gambar-gambar semalam...
www.tips-fb.com

Tuesday, November 8, 2011

Razin's day out to Kuale Kangsor

Semalam kita jenjalan pergi Kuale...

Memula kita gerak ke umah Cikgu Wati di Sayong, pehtu nyinggah di taman rekreasi tepi sungai tu...

Jom layan gambo...

Tak pakai baju raya pun cos raya haji ni macam tak raya je Ayah takde :P
Tu Pak Ucu yang pegang Razin


Bagi Razin tido dengan bawak jalan-jalan dalam Ergobaby carrier


Razin senang sangat tido dalam Ergo ni.
Ohh I love my Ergo!!
Siyes tak rugi beli beratus-ratus. huhu


Masa dalam kereta.
Tak bawak carseat cos nanti tak muat kereta.
Kat depan ada Opah and Mak Yang. Mak Yang teringin nak bawa kete Mak so bagi can la...
Kat belakang Mak Tih Diyana, Mak, Razin and Abg Amirul.
Mak Tih tu dahle bontot besor, confirm tak muat kalau masukkan carseat Razin




Having fun kat taman...
Suke betul Razin main ngan Mak eh...



Main buaian...
Razin suka sangat berangin-angin ni...



Jom layan video Razin...





Singgah pasar malam di Manong tapau yong tau fu... hehehe
Tapi Razin dok dalam kereta dengan Opah je...
Dah nak senja tak elok keluar ye sayang :P


Itu je. Dah abisssss...
www.tips-fb.com

Wednesday, November 2, 2011

Permata hati ibu

Sementara tunggu cd-cd Razin abis dimesin, meh update blog jap.

Memang macam banyak citer nak citer... tapi takde masa and xtau nak start dari mana.

Anywayyy...

Selepas kejadian Razin jatuh tu, Razin jatuh katil lagi sekali!!!

I felt so crushed. Napela Mak Razin ni lalai sangat... Mak sedih tau Razin... tapi... ahhh I pormise I won't happened again.

Yang kali kedua ni Razin bukan jatuh dari tepi katil. Tapi dari bahagian bawah... kat tempat hala kaki tu. Mak suspect Razin dok reverse and guling-guling sampai la jatuh katil. Pulak tu Ayah takde tengok tv kat bawah. Mak marah Ayah cos sebelum tu elok je Ayah tido sama-sama dengan kita. Tiba-tiba masa Razin menjerit sebab jatuh, Mak pun terpinga-pingan tengok Ayah takde.

Mak memang tido mati. Tak sedar ape dah kalau dah tido. Sejak zaman student memang gini la pe'el nya... camne nak buat??? Sebab tu Mak marah-marah kat Ayah cos tinggalkan kita tanpa bagitau Mak. Ayah Razin tu askar. Kalau tido memang telinga lintah. Cepat je dia alert. Tapi Mak memang takleh wat ape dah... tido tak sedar diri cos penat bekerja huhuhuhu...

Ape-ape pun, kejadian jatuh sebanyak 2x tu buat Razin fobia kot. Since beberapa hari ni (sejak jatuh), Razin susah sangat nak tido. Asyik marah-marah je. Mak ngan Ayah yang sakit kepala. :(

Takpela Razin... Mak paham. Salah Mak and Ayah jugak tak jaga Razin betul-betul. Maafkan Mak ye sayang :'(

Harapnye Razin takde ape-ape la... Razin anak jantan kan... kena kuat.

Sekarang Razin dah belajar-belajar nak merangkak pulak. Nak berdiri and memanjat. Sejak dah pandai duduk sendiri ni, Razin suka memunggah barang dalam bakul yang Mak sediakan barang2 Razin tu. Pastu suka sangat dengan beg plastik -__-"

Adeii... beg plastik tu bukan toy la sayang...

Nasibaik la kat mainan Lamaze tu (Stretch the Giraffe) ada bahagian yang crinkle sebab material plastik kat dalam. Itula benda yang Razin rasa amazing sangat lately. haha...

Ape-ape jela Razin...

Gigi 2 batang kat bahagian gusi bawah memang dah ada. Sakit betul kalau Razin gigit Mak. Nasib baik la till this day, Razin tak pernah lagi menggigit time menetek. hihi...

Oh ya... sekarang Razin kuat menyusu. Tak cukup minum susu kalau buat 5, 6 oz. Badan pun makin panjang... Berapa agaknya panjang Razin sekarang... Nanti cukup 8 bulan Mak bawak pergi checkup gak la walaupun nurse kata takyah. Nurse kata Razin's next checkup is when Razin dah 9 months cos katanya BMI and berat cantik je naik... dat's y skip 2 months. Ape-ape jela labu... yang pasti dah cukup 8 months nak timbang berat and ukur panjang. :D

Raya Haji ni Ayah kata dia akan sailing... tak dapat balik Pahang untuk kenduri aqiqah Razin (kena la balik sana cos Atok kan ada beli lembu :P). Mak punyer cuti dah approved seminggu... so kita melepak Beruas jela ye sayang...

Mak plan nak pergi Bangi tengok Opah Yang and Tok Yang... Lagipun Mak Uda Lin rindu kat Razin... tengok la yer... kalau takde aral, kita pergi sana.

Ape lagi nak tulis?

Takde ape dah kot. Layan gambar jelah ek.


Latest pic di Swiss Garden Damai Laut




Comei tak cd Razin?
Starbunz Panda! :P



Nak merangkak la konon... tapi kaki tak tolak sama




Gaya tidur terkini. Meniarap pulak. Tetiba je...





Tengok Mak ada makna tu... Razin takut dengan Pak Ucu yang tengah main Aquadoodle Razin.... sebab Razin nak pegang pen pun tak reti. kehkeh


Dah abis.

Jumpa lagi di lain waktu!

Wassalam.
www.tips-fb.com

Friday, October 28, 2011

Tak nampak tapi leh rasa

Ape dia yang tak nampak tapi leh rasa tu??

Razin's teeth!!

Ada 2 ketul di bahagian bawah.

Tak nampak tapi kalau Razin gigit-gigit jari Mak memang terasa la gigi Ajin tu. hihi...

Sekarang Razin macam nak merangkak je...

Suka angkat-angkat bontot

Hehe www.tips-fb.com

Thursday, October 27, 2011

Of sitting by himself and an incident :(

I'd just witnessed my 7 months (plus) baby sat by himself.

Dia meniarap mulanya.

Then punggung diangkat sedikit... at the same time dia reverse... then satu kaki tahan di lantai and he sat!

Yeay!!!

Aku riso gak time dia reverse2 tu takut tergolek ke belakang tapi nasib baik ok takde ape-ape (kepung gak la)

Razin sengih je bila aku tepuk-tepuk tangan tengok dia duduk sendiri.


Sian Razin...

Malam tadi ade insiden yang tak dapat aku lupakan.

Razin jatuh katil!

Pukul 1 lebih tetiba hubby menjerit sebelah aku cakap Razin jatuh. Tengok-tengok kat bawah Razin dah terlentang dengan jeritan sekuat-kuat hati.

:'(

Sedihnyaaaaa...

Dia jatuh face down, I think... cos benjol/bengkak kat dahi.

Aku marah kat diri sendiri cos tak sedar Razin gerak-gerak sampai leh jatuh.

Pasni Razin tido dalam cot.

:((( www.tips-fb.com

Friday, October 14, 2011

7 months old Razin

Alhamdulillah...



Dah 7 bulan dah anak Mak...

Makin aktif, suka mengomel dan makin banyak akal.

Makin comey pun yer... hehehehe...

Tak tau berat Razin berapa cos 7 bulan ngan 8 bulan takde checkup. So takde la timbang berat...

Razin sekarang makin aktif mengengsot. Tapi yang pelik, asyik gear reverse je... bila nak ke depannye tah. haha... Malam-malam time orang nak tido, time tu la dia nak meniarap and meneroka katil. Sabo jelah...


Orang tido, dia sebok nak meniarap...



Razin suka senyum. Bila Mak balik kerja, buka-buka pintu je nampak Razin tengah senyum tengok Mak. Cairrr... hilang penat...






Razin bersama Stretch the Giraffe, Lamaze toy from Mama Panda Store.
Cilok Mak nyer stok yer... hehe...
Suka sangat ngan Lamaze nyer toys... very the kalerful :)



Semalam Mak balik kerja kul 8 malam. Mak penat sangat... Tension pun sama. So masa balik tu, Mak terus lepak depan tv ngan Razin... Mak nangis-nangis cos stress (sebab hormon pun yer kot cos tengah period) and Razin pun rapat kat Mak.

Razin macam nak pujuk Mak... You cooed and kissed my face, my nose and sucked my chin. Alalala sayang... yela, Mak tak nangis dah. Doa-doa la bisnes Mak baik supaya Mak dapat berenti keje and dok ngan Razin je kat umah, yer sayang... huhu

Razin dah pandai detect perasaan orang. Kalau Mak ubah tone sikit 'macam nak marah', muka Razin terus berubah nak nangis... alalala sensitip betul! (dat's y mak suke usik. haha)

Sejak Razin dah makan solids, setiap hari mesti Razin pooped. Ok la... lega sikit... before, kekadang dekat-dekat seminggu tak berak. risau gila.. bila dah hari-hari berak ni, memang lega tak terkata la. Syukur... berak la nak... Mak tak kisah pun nak basuh taik Ajin hari-hari... :)

Razin makin aktif... Mak rasa macam Razin dah kurus jer... haishhh takleh jadi ni. Kena jugak bawak Razin pergi timbang dalam masa terdekat. Sebabnye, cd Beechworth size L macam besar bila Mak pakaikan... Padahal Razin memang size Large kalau pakai cd bran Itti Bitti ni... hmmmm...

Nampak macam nak cikini balik jer.. hmmm




Razin kuat minum susu sekarang. Kalau dulu sekali minum dalam 4,5 oz... sekarang mesti dekat-dekat 7 oz... kekadang lebih... depends... so kencing pun banyak le... cd Ajin kena tukar max every 3 hours. Kekadang time Mak ada kat umah (weekends) tukar 2 jam sekali. Heavy wetter... tunggu la Mak pesan insert zorb dari Auntie Tini. Mau tengok camne rupanya zorb. Efektif benor ke absorb liquid. Import dari Amareka tuuu...

As for food, selalunya Razin makan bubur nasik je. Ada karot ngan ikan bilis blend. Sedap memang sedap...tapi tak tau la ok ke tak letak ikan bilis tu. Belasah la ye..

Bila tak sempat masak ape-ape, Razin makan puree buah yang dah ada dalam fridge or makan nestum cerelac je. Or biskut Milna. tu je... belum bereksperimen bagi makan ayam or ikan yang lain lagi...

Gigi belum tumbuh lagi. Tak nampak pun putih2 macam nak tumbuh. Tapi kalau Razin gigit jari Mak, memang dah start kebas le. Sakit! Ntah bila nak tumbuh giginya... asyik menggigit je lately. Nasib baik time menetek tak gigit! Kalau gigit... memang nak kena la... errr seriau nyer nak tunggu time gigi ada. Camne time nyusu?? hmmmmm...


Razin,

Membesarlah dengan sihat ye nak...

Mak kekadang rasa cam tak sabo nak bagi Razin adik, tapi... takut lak bila ingat masa beranak. :P

Dah la.. sambung kendian. Daaaa...

P/s: Gambar takde. Mak upload kendian kat entry ni ek... www.tips-fb.com

Sunday, October 9, 2011

Cheeky lil Razin!

Dah lame tak update blog Razin ni...

So, Mak dah letak gambar-gambar Razin yang latest. Semuanya time Razin dah 6 bulan lebih. Next week Razin dah 7 bulan. Cepatnye masa berlalu sayang...





www.tips-fb.com

Wednesday, September 21, 2011

Razin belajar nak duduk

Sebenarnya since last week dah ajar-ajar Razin duduk... Tak berapa balance... and selalu je tumbang. Nasib baik la aku ada je menyambutnye... tapi si Razin suke lak bila dia tumbang-tumbang camtu. SENGAJA buat-buat tumbang nak orang sambut. Sabau jela... risau la kan kalo aku takde dia buat camtu then kena lantai ke ape... haish Razin...


So bagi dia duduk bila betul-betul safe je...

Like this morning, dia dok uk ek uk ek bila aku mandi... Ayah lak takde cos sailing... Mak Teh Diyana membuta lagi... so abis mandi saje dudukkan dia. Suka bukan main!

Sori gambo blur...
henpon murah so lemau la pagi2... haha



Tegakkan badan.



Oh Razin... cepatnye Razin besar...

Love u so much!

www.tips-fb.com

Tuesday, September 20, 2011

CD-craze mom



Razin in my favorite prints of cloth diapers in my collection...









Tapi feveret aku memang prints Danube tu. Cantikkkkk sgt!


so gladddd i have this print!


www.tips-fb.com

Friday, September 16, 2011

I'm so sorry, sayang...

Dear my beloved son, Razin...

Maafkan mak malam ni...

Mak tak berniat nak marah-marah Razin bila Razin nangis.

Mak tak berniat nak berkasar dengan Razin bila Razin asyik meragam 2 malam ni.

Maafkan mak, Razin...

It's just that... I'm so freaking tired.

Today was supposed to be my off day but I still went to work today. I had to.

When I'm back home, I was tired with work stuff and you kept screaming your head off. I have no idea why you're acting like that. Mak cuba sabar sejak petang tadi... tapi bila Razin takleh kena letak langsung and nak kena ada orang teman sentiasa, Mak pun naik letih la...

Sorry yer sayang...

Mak cuba lebih sabar lagi.

When I told you I'm sorry while trying to tuck you to sleep just now, you kept on cooing... purring and smiling in satisfaction when I kiss your face, head and neck. When I talked to you. telling you just how I felt (tired and sorry for being mad at you), you kept on babbling... as if you're trying to soothe me. :)

I know you just want your mommy by your side, darling... And I'm truly sorry for being such a bad mother just hours ago :(


Taken when I changed your diaper before tucking you to bed.

I love you sayang.... Mmmmmuahhh! www.tips-fb.com

Thursday, September 15, 2011

6 months checkup

A quick update cos nak kena masuk ofis balik! (cam hape jer busy nak mampos. aku ni dah overworked dah ni!! ape la nasib ada 2 staff je to man the branch x__x )

6 bulan

Berat: 8.0 KG
Panjang: 69 cm
BMI: 17 (same like last month's)
Lilitan kepala: 45 cm

Kena cucuk tapi nurse tak bagi ubat. Diorang kata cucuk 6 bulan tak demam.

Beza dari bulan lepas, cucuk kali ni Razin NANGIS. Macam biase la tu kan... bulan lepas je yang luar biasa. hahahaha...

Pergi klinik pakai baju raya t-shirt raya yang baru pakai sekali. Pakai cd Babyland (plain red) je kali ni cos maleh nak korek cd GroVia dalam laci. (Phuiii... pergi klinik pakai GroVia tu sebelum ni... HAHAHA)

On the way balik Razin tertido dalam kereta... sian dia... :)

That's all!

Oh ye, lupe nak citer... semalam dah kebah dah demam dia... around noon camtu suhu kembali normal around 36.5-37 degrees. Alhamdulillah...

I think it's because of the growth spurt. hehehe...

Gambar masa raya hari tu.
Time cucuk tadi tak sempat nak amik gambo

Salam...
www.tips-fb.com

Wednesday, September 14, 2011

Razin demam!

1st time ni...

Malam tadi badan Razin panas dari biasa... bila sukat suhu, 37.8 degree celcius!

aku bagi makan ubat klinik bagi yang untuk demam pas kena cucuk tu (nasib baik ada simpan) tapi pagi ni tak surut pun suhunya.

Pagi ni suka suhu ah 38 degree celcius!

I'm worried.

Tapi aku kena pergi kerja gak cos Shan nak datang. Dahle Ganesh kena pergi SDI Ipoh, takkan aku nak biar branch kosong takde orang lak... adehhhh... bengang pulak rase... (bengang ngan kerja bukan ngan cayangku Ajin k)

Razin... cepat2 la sembuh. He's active and ok je... cuma suhu dia tinggi. Pagi ni aku dah bagi dia ubat (punyerla seksa nak bagi) and tidokan dia semula...

Dah pesan kat Diyana arini pakai cd ngan t shirt jaring2 je.

Tengah hari kang nak tengok camne... kalau panas gak bawak pegi klinik terus www.tips-fb.com

Sunday, September 11, 2011

Happy 6 months old, dear Razin!

Today is Sept. 11!

Razin dah 6 bulan...

Ape yang dia boleh buat?

Meniarap... tapi dia jarang pusing sendiri. Selalunya baring jugak. huhu

Makan. Oh... dia suka makan buah kalau letak dalam Munchkin Fresh Fruit Feeder tu. Aku banyak bagi dia makan puree buah+sayur dan biskut Milna je... esok baru nak start bagi bubur nasi. :P

Duduk? Well... he can sit. Tapi kejap je haha.. pehtu mesti senget badan and tumbang... takpe Razin... take your time...

Razin jugak dah pandai tiru perangai Mak dia.

Aku ni ada bad habit suke gigit-gigit my inner cheeks.. kalau orang tengok, macam aku ni sakit gigi, ade makanan melekat celah gigi etc... And there was one time aku xperasan aku buat benda tu tapi perasan Razin tengok aku sambil mulut dia pun tersenget-senget! wakakaka... lame aku usya dia tgk je mulut aku and tiru... lawak gile.. aku nak tergelak besar bila ingat balik. heeee...

Dah mula babble-bable... oh so cute ok dgr bahasa baby! hehehehe

One active baby!

He loves to jump! kalau orang pegang dia dalam dia berkeadaan diri, mula la dia nak melompat2... suruh orang timang dia... ni penangan duduk dalam jumperoo la ni... hahaha...

Selain itu dia memang tido tak lama sangat... aku rasa mostly sebab pakai cd kan... kalau kencing banyak, dia rasa basah so dia jaga... which is good cos malam cepat sikit tido. haha... (malam-malam pakai cd jugak...)

Razin dah tak takut orang sangat dah... kira ok la... tapi dia memang takleh kalau ada budak kecik lain menjerit2 or menangis kuat2. Confirm dia nangis... haihhh... ni kes masa pergi makan-makan umah Danial malam semalam... bantai menangis kat sana. huhu...

Masa raya aritu Razin dah kebal dengan bunyi mercun,. Tak nangis or terkejut... or bangun tido pun masa kat Pahang... masa memula raya kat Beruas dia terkejut la... pastu dah kebal.. heh.

Ok la... till later.

Arini busy sikit menguruskan cd2 Razin... akhirnya aku jemur tengah panas cos yang jemur semalam tak kering (sini asyik mendung)

Penat tak abis lagi ngan kerja...esok dah kerja balik.. :( www.tips-fb.com

Monday, September 5, 2011

Razin's first solid food


Lebih kurang la kan...

Let's not count the strawberry yang Razin dok isap-isap tu... tu first taste. bukan first solid. hehehe

Anyway, Razin's first solid was puree buah epal merah dan broccoli.

I steamed them, then I blended them.

It was quite sweet.

Sedap! (aku yang makan banyak... haha)

Tapi Razin tak makan banyak pun cos dia baru pas nyusu time tu. Saje gedik nak bagi jugak... hehehe

Jom layan video... Video diambil masa 24 Ogos yang lepas. Lame dah... Razin just turned 5 months masa tu (he was born on March 11). Tapi dalam 5 bulan lebih memang dh leh bagi makan dah kan... so aku bagi le... hehe





Since dah start bagi makan tu, aku bagi sekali je sehari... tengok keadaan dia lapar ke x. Lagipun Diyana tak bagi Razin makan pun! Padahal baby cubes berisi puree dah bersusun dalam fride tunggu nak panaskan je. Haihhh... pasni kena ingatkan dia.

Hmmm... time malas (and time travelling masa Raya ke Beruas, Pahang, Bangi and Kepong) aku bagi biskut Milna je.

Next week Razin dah nak masuk 6 bulan. Kena start bagi bubur nasi le kot?

Till then... salam...
:pandaGeli_12: www.tips-fb.com