Thursday, March 31, 2011

Drying rack for bottles

Since dah ada botol susu ni, gedik la plak nak beli drying rack for bottles.

Tetiba aku teringat entry kat blog Chika tentang drying rack cos dulu masa belum ada anak pernah bace... tapi takde la nak kisah sangat... sekarang ni rasa gedik giler nak jugak drying rack!



a. Munchkin's Sprout Drying Rack

b. Splash Bottle Drying Rack by Skip Hop

c. Boon's Grass Countertop Drying Rack

d. Beaba Drying Rack

Gambar di atas dan juga nama drying rack ni diambil dari entry INI di blog Pn Chika.
Thanks to her, baru la kenal drying rack comel2 ni!
^___^


I don't know about you guys but I have my eyes on dryer A dan B.

Yang C dan D tu ku tak minat sangat. C cos macam leceh nak cuci, D lak macam tak banyak tempat gantung and kecik...

Aku dah jumpa mana nak beli yang A tu (Munchkin Sprout Drying Rack)... You can find that item di kedai Manjaku. Aku tengok laman web dia, harganya adalah dalam RM90 camtu. Member price=RM84 ish.

As for B (Skip Hop's Splash Bottle drying rack) plak, aku jumpa item tu di blogshop INI. Harganya di blog tu RM130! Woot... agak mahal laaa... tapi aku sangat favour dryer ni... rasa cambest jer... huhu

Haihhh... kalau aku tanya hubby, mesti dia tak bagi beli... Yang botol susu Razin tu pun dia nak bising-bising cos beli botol susu mahal... Padahal Avent nyer botol susu tu dah less ok. Kalau tak harganya dalam RM95, ni aku beli dalam RM66 jer. Ok la kan... :p

Hmm... tapi ikut lojik, memang mahal giler kalau nak beli drying rack yang berharga sampai RM90 dan Rm130 ni... macam, gile ke ape... nak keringkan botol je pun! TAPI CANTIK laaa... dah le dapur umah dah lawa, mesti la nak aksesori yang bertenggek kat atas tabletop pun cantik-cantik... huhu...

Well... tengok la... kalau ada duit lebih, aku beli jugak kot either one of those. (or... ade sesape nak bagi hadiah tak?? HAHAHA)

Kalau tak, aku order yang bawah ni jer!


Harga tak sampai RM40.

Hmmm...

Tengok la... aku still geram nak A dan B! tapi cam bazir... hisy... dilema betul!

www.tips-fb.com

catatan dari ayah razin

bismillah...

alhamdulillah... akhirnya aku sudah pun bergelar seorang ayah.... mmg satu pengalaman yang x dapat dibayangkan,,.... even aku macam x percayayang aku dah jadi seorang ayah.. mana tak nya... mmg aku ah berumur 30 tahun.. tapi peranya stil xberubah... tgk naruto.. sinchan.. .doremon,,, pocoyo.. wonderpets.. haha itu yang feberet...

tapi itu semua qada' dan qadar daripada Allah SWT dan aku menerimanya dengan penuh kesyukuran... 11.03.11 0853H itu lah tarikh dan waktu keramat kelahiran baby buchuk ku... tarikh yang xkan aku lupa...

walaupun aku x dapat menyambut kelahirannya lantaran kerja.. tapi melihatnya aku cukup memadai..

xde perkataan lain yang mampu aku ucapkan pada waktu itu an setiap kali aku ingat kembali saat ini melainkan "Syukur Alhamdulillah".

kepada isteriku.. pn nor raihana binti mohd rashid... Terima kasih kerana melahirkan bayi yang comel untuk keluarga kita.. semoga kelahiran razin ini akan mengembangkan lagi bunga cinta kita. "Terima Kasih Sayang".

www.tips-fb.com

Botol susu Razin

Semalam (30hb March) order botol susu Razin dah sampai.

Actually, aku order yang botol susu Avent dulu tapi shipment delay cos extra soakers Grovia yang aku order sekali ngan botol susu tu takde stok lak. Hampeh...

So, botol susu Tommee Tippee yang diorder dari Peekaboo Baby Shop sampai dulu... Aku order jugak botol susu ni cos bace kat blog Puan Aini. Cambest jer... lagipun murah dari Avent. So order jerla... ape salahnye ada sampai 4 botol susu kan? Nanti tukar jela puting dia kalau Razin dah besar... (Avent aku order utk 2 botol, Tommee Tippee ni pun 2 botol gak)


Ada warna pink, tapi baby boy kan... so amik warna ni la... hijau ke biru tah...
:p



Yang Avent punyer botol ni tak sampai lagi...



Since botol susu dah ada, aku pun apa lagi... semangat giler la nak pam susu guna breastpump Spectra 3 tu. Since beli tak rasmi-rasmi lagi pump tu. hehehe... So mengepam la aku... Rasa macam lembu ok! hahaha...

But susu yang dipam tak banyak pun. Ada dalam 2 oz jer... tu pun dari kedua-dua belah breasts tau... Takpela, i guess masa mula-mula pam memang sikit kot?


Haa.. ni gambar Razin hisap botol.


Actually time ni dia tengah melalak-lalak cos baru pas mandi. Bab mandi dia senyap... tapi bab nak pakaikan baju memang bising la mulut dia nangis... Tengok gambar tu pun nampak baju dia tak abis pakai lagi... So since aku baru je abis pam, cepat-cepat sumbat botol berisi air susu ibu ke mulut dia.

Terus senyap! And nyot nyot dengan rakus... Sekejap jer abis 2 oz susu badan yang dipam! hahahaha

By the way, Razin takde masalah nak hisap botol ni cos puting botol ni memang macam puting tetek. Masa mula-mula dia hisap ni, dia hisap macam hisap tetek. He latched on kat bahagian nipple+areola sekali... :)

Oh... and Razin juga takde masalah hisap puting botol cos aku dah bagi dia hisap puting plastik/soother/pacifier since 2 hari lepas. Reason adalah untuk bagi dia calm. Cos dia memang jenis suka menghisap. Dah kenyang ngan susu pun tapi still nak isap tetek. So aku bagi la pacifier... Tapi dia tak suka pun... kadang-kadang jer dia hisap. Kalau dia tak nak, dia tolak-tolak ngan lidah dia.

Well...

So pasni leh la wat stok EBM banyak-banyak! mintak-mintak la susu badan aku banyak jer sentiasa... Amin.

p/s: Masa camni jer aku free cos Razin tidur... nasib baik aku dah tido jap petang tadi... anyway, nanti2 la aku sambung entry Razin's birthday tu. Lagipun entry tu kemuncaknyer.. yang lepas2 tu dah suam2 kuku dah.. :P www.tips-fb.com

Wednesday, March 30, 2011

Long entry of Razin's birthday

March 11, 2011...

Aku terjaga dari tidur around 1.15 pagi. Perut memulas. Nak terberak. Ni sebab banyak sangat makan Zan's Pizza yang Mak bawakkan kot? Bangun... menuju ke toilet sebelah labour room cos kat situ toilet bersih dan cantik. Sempat daok usya-usya nurse yang dok nyembang kat labour room. Malam yang tenang... Selesai membuang hajat, sambung tidur balik.

Terjaga lagi around 2.30 pagi. Berak lagi... then sambung tidur.

Dalam pukul 3 pagi lebih pun aku bangun cos nak berak...

Dalam 4.45 pagi, perut sakit. Tapi kali ni bukan sebab nak berak. Contraction beb! Aku tengok jam, 4.45 pagi... then contraction stopped. Around 5 pagi dia jadi balik. Aku dok monitor sakit contraction aku time ni cos takleh dah nak tidur...

By 5.30 pagi, aku punyer contraction mula berselang 5 minit. Hoho... time ni dah agak sakit gak la. Dalam pukul 6 pagi, nurse dah mula melawat wad. Nurse yang melawat aku perasan aku ni dah tak senang duduk kot. She asked, "Dah mula sakit ke?"

Aku pun jawab la yer. Then dia suruh aku pergi ke bilik persediaan tu. Nak check bukaan katanya. Aku pun pergi la...

Kena seluk buat kali kedua. Sakit betul! Dia suruh aku jangan keraskan badan, tapi takleh nak lembut cos tangan dia tu sangat alien to my body, ok. Fed-up aku bab check-check jalan ni... :(

Then dia gitau bukaan rahim dah 4 cm. Nurse tu suruh aku mandi and then bawak baju baby masuk labour room. Aku agak terkejut gak la... eh? dah nak beranak ek? huhuhu...

Balik ke katil, aku pun cari baju baby... Sempat gak sms Nini, hubby dan Nyda untuk gitau aku nak masuk labour room. Tak sms mak pun cos aku tau kalo dah sms Nini, nanti dia gitau la Mak.
Aku sempat jugak minum beberapa teguk air selusuh yang Mak bawakkan. However, bunga fatimah tak dapt digunakan... 1st, sebab takde baldi untuk rendam bunga tu (untuk mandi kan?). 2nd, tak sempat! huhu

bunga fatimah yang tak berpakai pun...


Tetiba nurse datang katil aku. Dia tanya, "Dah berak ke belum?"

"Dah" jawabku. Yela, dok membuang sejak kul 1 suku pagi lagi kan?

But I guess she's not taking any chances, dia suh aku mengiring then dia masukkan ubat bagi berak kat bontot ku. HAHA. Mak kata itu air sabun je... dipam masuk ke anus and memang nak terberak la dibuatnye. So aku ke toilet untuk mandi and membuang... tapi tak berak kuar taik pun cos dah takde ape kot? huhu... Mandi puas-puas cos lepas beranak mesti susah nak mandi, kan?

Lepas mandi, pakai balik uniform hospital. Tapi tak pakai bra dan underwear.

Then, aku masuk labour room. Masa ni dok tercangak-cangak lagi cos aku tengok takde pun nurse dalam labour room ni... Then baru la sorang nurse ni datang. Dia suruh aku tanggalkan kain dan baring atas katil. Ape nama nurse tu ek.. adoi lupe la.. tapi kalau tak silap namanya Qasidah ke... lebih kurang camtu. Ada 'dah..'. Tapi tak berapa ingat dah. hehe...

Dia pasangkan CTG scan untuk monitor heartbeat baby dan juga contractions aku. IV pun dipasang (tangan aku disambungkan ngan drip). By this time agak ramai gak la nurse dok datang tengok aku... dalam 3, 4 orang rasenya. Tapi no doctor. So semua perempuan la kan... :)

Ade sorang nurse tanya, "Nak painkiller tak?"

Aku ragu-ragu so aku tak jawab terus.

Then dia cakap lagi, "Kalau nak painkiller, kita masukkan sekarang cos urat tak kembang lagi. Nanti kalau dah start sakit kuat, kita takleh nak masukkan."

Hearing that, aku pun cakap "Okla... nak la"

Then dia masukkan painkiller dalam wayar yang bersambung masuk dari drip ke tangan aku.

Part ni aku ingat-ingat lupa... cos banyak sangat yang nak diingat balik. haha...

Tapi aku ingat ada satu time ni, sorang nurse yang attend aku dok jerit kat kawan-kawan dia, "Mari kawan-kawan... mari kita kerjakan" sambil senyum-senyum kat aku. Dalam kepala otak aku, SAH. Nak beranak dah ni! hahahaha...

Diorang pun ramai-ramai datang keliling aku... Ramai tak ramai la... dalam 3, 4 orang camtu. Yela, early morning case kan... so ramai la yang dok tengok. Did I tell you earlier yang HAT ni tak busy?? hehehehe...

Anyway, ada sorang sister pun datang observe. Dia dok komen yang contraction aku sikit... and tak kuat. Well, aku memang dah terasa sakit every time ada kontraksi so aku berkerut-kerut dahi dok tahan sakit. Tapi sister ni leh cakap, "Haaa tu sakit sikit jer tu... karang lagi kuat"

Aku pun tunggu jer la bila sakit kuat tu nak datang. Diorang tengok aku ok jer so sambung wat kerja lain kot... tinggal sorang je nurse jaga aku. Well, dia la bidan yang sambut baby aku later. :)

Pukul 7.30 pagi. Bidan aku pecahkan air ketuban untuk cepatkan contractions..

She said, "Kalau sakit and then rasa nak teran, bagitau ye". Aku angguk jela... then dia kuar jap.

Elok je dia kuar, aku dengar nurse-nurse kat luar bilik cakap, "Suami dia nak jumpa kejap... boleh kan?" Hatiku berbunga gembira.

Hubby masuk bilik. Tengok aku dan tanya aku camne... then he kissed and told me he'll be at his ship (cos dia bukan leh masuk pun kan). Bila fikirkan balik, aku rasa terkilan juga cos hubby tak tunggu je di wad. Takpela, dah lepas... lagipun dia memang ada kerja di kapal...

After several minutes, eh... sakitnye!! rasa nak meneran... haaa time ni aku dah cuak. Mane nurse ni... huahuahua... elok je time aku dah gabra tu, bidan aku tu masuk balik. Cepat-cepat aku gitau, "Nak teran laaa... boleh ke?"

Haaa.. ape lagi, bidan aku tu terus panggil geng-geng dia masuk labour room. Dia suruh aku teran, so aku teran la.

Then she said, "Bila sakit jer, teran ok. Kalau tak sakit, jangan teran... buat penat je nanti"

Setiap kali contractions, akan sakit. So aku teran la... tapi sakit aku kejap-kejap so banyak kali aku teran tak abis... Dah le tak reti nak teran.

Aku confuse sangat mulanya. Eh, macam nak berak... macam teran taik. Aku ni nak berak ke nak beranak? Serius confuse di situ. Tapi encouragement yang diberikan memang menolong sangat-sangat.

Bila aku teran cam nak berak, nurse-nurse yang mengelilingi katil aku dok bagi kata-kata semangat.."Haaa macam tu... teran lagi... pandai... pandai..."

Tak kurang jugak kena marah cos dok mengerang time meneran.

"Jangan kuar bunyi... itu salah tu... teran jer, tak nak kuar suara"

"Salah ni... jangan bunyi... tengok muka dah merah... teran jer, tak nak kuar bunyi"

Jenuh la plak aku nak tahan suara dari kuar. Sampai aku naik confuse... aku nak tahan suara, at the same time aku jugak dok tahan dari teran.

"Jangan tahan... Teran jer!!!"

Pening kepala aku... hahaha... btw, nurse tak bagi kuar suara cos katanya itu menghabiskan tenaga...

"Teran lagi... jangan tidur.. teran... teran..."

Mane der aku tidur daaa... aku memang dok pejam mata je sambil meneran cos sakit wehhh..

Then sakit tu hilang...

Rileks jap. Fuhh... penat woo... sakit kat bawah tu toksah citer la...

Sementara rileks ni (time tak sakit), aku dok ulang bace doa nabi yunus... aku rasa doa ni membantu sangat-sangat cos abis je aku bace, contraction pun datang...

Bila contraction datang, aku teran lagi... bila banyak-banyak kali, dah reti le sikit nak teran tak bagi bunyi. huhu...

I remember there was once, Sister suruh aku buka mulut... then dia titikkan air di keliling bibir aku dan dalam mulut aku. Then aku telan. Tak tau la air ape dia bagi... air selusuh gamaknye...

Sister ni jugak ada urut-urut perut aku time aku meneran. She said, "Baby kecik je ni... teran panjang-panjang, terus kuar je ni... curi nafas!"

Banyak kali suh aku curi nafas tapi aku tak berapa reti sangat. Banyak kali macam teran tak abis...

Proses teran meneran dan tunggu sakit contraction ni berterusan agak lama gak la cos banyak stop... Stop pun sebab tak rasa contractions=tak sakit. So takde la teran. Then, one of the nurse cakap, "Kita tunggu lagi 5 minit. Kalau takde contraction, gantung kaki laa"

And I was like, 'Gantung kaki?? Kenapa nak gantung kaki??' hoho... terus aku cuak cos cara nurse tu cakap mcam tak normal je... aku nak bersalin normal mungkin! haha... bila sampai je contraction yang ditunggu, aku teran habis-habisan. Punyer la takut nak kena gantung kaki! hahaha... Cos dalam kepala otak aku dok bayangkan, kalau kena gantung kaki, depa nak tarik baby guna forcep ke?? cuak wehhh!

Bila aku dah teran habis-habisan tu, rasenya kepala baby dah nampak kat bawah kot... sebabnye, time ni bidan aku dok jerit, "Kali ni tak payah tunggu sakit, teran je!"

Then ada jugak la nurse lain gitau "Kepala baby dah nampak dah tu, teran lagi... kang lemas anak tu". Tetiba jer ada nurse baru masuk. Cos sejak dari tadi aku pejam mata... bila aku bukak, tetiba ramai la plak nurse yang ada keliling aku. Yang tadi takde, ni tetiba ada pun ada.

Mendengar cakap nurse tu, risau la aku dibuatnye so aku pun teran lagi sepuas hati. Dalam hati bace doa nabi yunus tu... niat nak kuarkan anak dengan selamat...

Arghhh menjerit-jerit pun yer... Kaki kiri aku terangkat-angkat pun yer juga.. Sakit sangat time ni. Sampai nurse tu dok kata, "Jangan nangis plak... teran jer..."

Eh.. bile masa plak aku nangis? Aku dok pejam2 mata tahan sakit ada laaa... serius, takde rasa nak nangis pun. Rasa nak selesaikan beranak secepat mungkin tu ada la.

Ya Allah, by this time, memang sakitnye hanya Allah yang tahu. Sakit giler! Memang bertarung dengan maut rasenya time ni. Time ni jugak aku rasa aku digunting (episiotomy) untuk bagi jalan baby kuar. Ya Allah... sakitnya nak keluarkan anak... rasa terkoyak-koyak... urghhh

Then, tetiba aku rasa something kuar dari dalam aku. My baby! Melalak-lalak anak aku bila kuar... Tangisan yang aku tunggu-tunggu! Lega betul rasenya bila tengok baby dah selamat keluar. Disambut bidan perempuan tu dengan lafaz 'bismillah..'. Syukur alhamdulillah... kerana anakku disambut wanita Islam. :')

Bidan yang sambut baby then tunjuk anu baby kat aku right after baby kuar. Then dia tanya, "Haa.. tengok ni.. Anak lelaki ke perempuan?". Aku tengok... nampak telor baby jer... haha.. So I smiled and said, "Lelaki"

Terasa kena kick dari baby masa dia kuar... dan juga terasa membuak-buak 'sesuatu yang slimy' keluar. Uri yang keluar rupanya. Syukur sangat uri senang je kuar sendiri cos aku dok risau pernah bace yang uri terputus ke ape.. and tertinggal di dalam. erk. Nasib baik ok jer kuar.

Bidan siap tunjuk kat aku uri tu... "Pernah tengok uri? haaa ni la rupa uri.." Sekilas jer aku memandang,,, tak larat sangat time ni.

Then baby ku dibawak keluar... Aku lak masih lagi terkangkang atas katil. Letih gila!

"Sekejap yer... nak jahit dulu... banyak koyak ni" bidan tu gitau. Dia suntik bius an start menjahit. Bahagian dalam tak terasa sakitnyer... tapi bahagian luar... ya Allah... sakit sangat!

Aku rasa macam lama giler jer dok terkangkang kat situ sampai kaki kanan aku bergetar-getar (it shook like crazy)! perghh... part kena jahit ni memang sangat tak best :(

Selepas dijahit, bidan tu pakaikan pad kat aku... Double pads dan diikat di hip aku guna tali. haha.. macam G-string! tapi cara ni la yang aku dok teruskan sampai ke sudah cos malas pakai underwear. :P

Duduk atas wheelchair yang disediakan, then dihantar ke bilik...

Kalau sebelum ni aku dok kat area bilik yang ada 4 katil, kali ni aku dipindahkan ke bilik yang ada 2 katil. Ada jiran... akak sebelah katil aku beranak operate... dia operate since Rabu. And elok je aku masuk bilik tu, akak tu akan discharged at midday.

Lepas aku dok kat katil (dengan penuh susah-payah), baby ku dihantar masuk bilik. Waaa... anak aku!! Macam tak caya lagi time ni yang aku dah beranak. AKu tengok je dia dalam baby cot. Tak larat nak pergi dukung ke ape... tengok dan cuit sikit-sikit je...

Sempat amik gambar. Di bawah ni gambar pertama anakku yang ku ambil...

My first thought was, 'my baby looks like hubby!'
Especially when he opened his eyes... he has his father's lashes.
:)

Hati rasa kembang dengan penuh rasa cinta pada anak ini.
He's my child!
Rasa bersyukur sangat-sangat pada Allah...

Time ni rasa macam nak nangis sebab hepi sangat.
Tapi tak nangis.


Then aku amik-amik gambar lagi... mms gambar di bawah ni kat hubby...



"Abang, ana dah selamat bersalin"

Ding! Dapat mesej. He replied, "Laki ke?" --->I rolled my eyes reading his text.

"Laki laaaa"

"Ayang ok?"

"Ok"

"Ok. jap lagi abang sampai. Lubiu"

Then aku sms Nini gitau aku dah bersalin...

Aku baring dan tunggu ketibaan suamiku... tertidur akhirnya...

bersambung... www.tips-fb.com

Sunday, March 27, 2011

A doctor in army uniform

Salam...

I'm back! Waaa susah betul nak curi masa untuk update blog Razin ni. Razin asyik meragam jer 2 malam ni sampai Mak nyer penat and tak cukup rehat. huhu...

Ok, kembali kepada cerita kelahiran Razin...

Masa stay kat Hospital Angkatan Tentera tu, aku macam jakun sikit... Ape taknya, tengok doktor dan nurse-nurse pakai baju seragam askar. Tak ke pelik? hehehe... Tapi ok la.. Smart. :)

I remembered the doctor who attended me that night. Her name was Dr Sharifah. Dah lame dia bekerja di situ kata husband. Tengok uniform yang dia pakai pun aku rasa macam berpangkat giler...

Ok, confession time.

Aku memang tak tau sangat nak identify pangkat orang askar berdasarkan uniform mereka. Uniform laki aku jer la yang aku tau... :P By the way, this Dr Sharifah's uniform was different. Sekali aku usya kat board belakang kaunter nurse, pangkat Kolonel tu! Whoa... respek... respek... (tho dalam masa yang sama aku risau ler juga cos nampak cam garang je... ahaks)

Anyway, masa Dr Sharifah ni datang check aku punyer clipboard di katilku, dia pesan suruh tanggalkan segala barang kemas yang ku pakai. Masa tu aku ada pakai cincin tunang, rantai tangan masa nikah dan juga rantai tengkuk yang memang dari dulu aku pakai. Katanya, kot-kot nanti ada emergency kena bedah ke ape ke, mane nak simpan barang kemas tu sume? So masa hubby datang melawat aku sempat la pass kan barang-barang kemas yang ku pakai pada hubby...

That reminds me... eh, mane laki aku simpan barang-barang tu sume ek?? Togel je badan aku tak pakai seurat emas pun. Rasa janggal pula... Yang cincin dan rantai tangan tu ku tak kisah, tapi rantai tengkuk... that's my favorite piece. huhu...

Eh ok. Sambung balik hal i hospital...



Did I write about why aku nak bersalin di HAT?

Well... mulanya plan nak beranak kat Hospital Seri Manjung jer... Tapi masa aku dok pergi routine checkup di KKIA Sitiawan, aku tengok macam ramai jer orang pregnant lebih kurang cam aku jer usia kandungannya. Then, seperti yang diketahui ramai orang Manjung, hospital seri manjung tu crowded. Ramai orang...

Tak kira la ko ada guarantee letter ke ape ke, kalau dah tak cukup tempat, duduk la ko atas katil kat tengah laluan orang di wad bersalin! Yes, this is true story ok. Hubby pernah je melawat orang yang katil dia kat tengah-tengah laluan di wad bersalin Hospital Manjung... tak best betol... don't want... don't want...

Kenapa tak pergi hospital swasta?

Haaaa... meh ko bagi duit! hahahaha... takdok pitih la nok pergi swasta. Kerajaan jer udah. Lagipun Mak aku kata toksah bazir, sakitnyer SAMA jer... kehkehkeh...

And since laki aku dah askar dan hospital tentera pun dekat, check in situ jer la... Antara kelebihannya: tak ramai orang, tenang dan layanan ok. Ini mungkin bias cos aku ada gak dengar layanan HAT tak ok... yang bini pegawai dapat layanan best, yang bini LLP layanan tak ok. wallahualam...

Kekurangannya: Takde doktor pakar. So, kalau time beranak nanti baby ada problem or ko ada problem, akan dihantar ke Hospital Seri Manjung gak. Haaa itu la kekurangannye... pernah je ada kes mak budak di HAT, anak dah dihantar ke hospital manjung.. huhu..... and aku dengar-dengar gak iso HAT ni ditarik. entah betul ke idak wallahualam.

But considering my condition yang okey since pregnant (xde masalah diabetes, darah tinggi etc... alhamdulillah) dan juga my hubby is an officer, so aku macam konfiden gak la nak beranak kat HAT ni... huhuhu...

Eh ala... Razin dah bangun tidur. Nak menetek la tu. Nanti sambung lagi....


Salam... www.tips-fb.com

Thursday, March 24, 2011

Sebelum bersalin...

Sehari (ke 2 hari?) sebelum bersalin...

Mmm... yang aku ingat, aku dan Nini busy buat dadih cos aku teringin gila nak makan... teringin bukan sebab ape, sebab aku tengok Mr Penyubiru update blog dia tentang buat dadih... terus teringin. huhu...

Cam biase, Nini la assistant aku... hehe
Perisa strawberry tu.. jgn jeles.. ;)


Then, aku makan durian. Punyer la teringin nak makan... Buahnyer kena beli la cos dok Lumut. Kalau dok Beruas, makan je buah durian yang gugur (kalau musim)...


Anyway, hubby belikan jugak doyan lepas aku bising-bising... Dah cakap banyak hari tapi haram dia nak belikan. Sampai aku dah nak ngamuk baru hubby beli... >:(

Aku rasa aku turun darah sebab makan durian kot?

Hubby bagi makan 2,3 ulas je.. tapi aku bedal sampai 6,7 ulas... huahuahua...

oh well.. since turun darah since 9hb March, aku pun check kat hospital lak cos sampai 10hb March still turun darah lagi... tapi sakitnye idak...

So ape lagi, WARDED ler cos dah 38 weeks kan... Yang aku heran tu, masa kitorang pergi kat bahagian kecemasan, leh plak sorang staff ni hantar aku ke bahagian klinik (aku xtau la term ape pttnye). Siap marah aku lagi cos tak bawak pad yang berdarah masa gitau aku turun darah. Giler blurr nak mampos aku dibuatnye. Seriusly, bawak pad kotor?? ko nak kelebek ape? ewww disgusting!

Bila aku disuruh pergi ke satu bilik ni (area kecemasan lagi), ada la nurse-nurse yang dok borak kat situ. Diorang tengok perut aku then terus tanya, "Dah berapa bulan ye?"

Aku jawab la "Dah 38 minggu"

Besar je bijik mata nurse tu bila dengar jawapan aku. Then dia marah kat staff yang bawak aku ke bilik tu... "Eh, terus hantar kat wad bersalin la... dah nak bersalin dah ni"

Boleh tak jawapan staff yang hantar aku tu adalah "Tak perasan perut besar".

Biar betik? kecik beno ke perut aku ni? huh... ape lagi, dihantar naik ke wad bersalin naik wheelchair. Malu aiiiii... macam ngan sakit bebeno padahal apah tak rase. huhuhu

Naik je wad bersalin, aku dihantar ke bilik persediaan sebelah labour room. Salin baju pakai baju purple hospital, kencing dan diamik bloo pressure. Details HERE.

Gambar ni diambil masa mak datang melawat bawak Zan's Pizza cos aku kebulor...
Ni masa hari Khamis petang...

Abaikan ke'besar'an badanku... That purple hospital uniform made me looked even bigger!

Kalau korang perasan, kat belah kanan aku adalah laptop yang aku letak atas kerusi.
Siap paksa hubby bawak lagi cos aku borink gile kena bermalam di hospital!
Dahla Nini takleh teman... so lega gile ar bila leh online! hahaha


Fyi, masa ni aku dok kat area yang ada 4 bijik buah katil.
Nurse tu kata ni tempat sementara cos diorang senang nak monitor aku cos bilik ni betul-betul sebelah labour room. huhu...
Tapi tak best dok sini cos katil aku tu betul-betul tepi pintu.
Orang asyik lalu-lalang jer time waktu melawat.
Nak tido pun takleh.

Kat bilik ni memang ada toilet and bathroom... tapi sekali je aku mandi kat situ.
Tak bestttt...
Nasib baik la aku dekat ngan labour room kan, so dekat situ ada bilik air+toilet persediaan before masuk labour room.
Bersih and selesa sangat!
Maybe sebab tak ramai orang guna or orang yang guna toilet tu adalah nurse...
so bersih laa... :P


Ni gambar dari katil aku...
Dua katil depan ni kosong jer.

Katil di sebelah kiri aku ada orang tapi time aku masuk memang tak nampak-nampak batang hidung sape yang berjiran ngan aku ni...

Bila malam baru la aku tau rupanya jiran aku tu masuk OT.
Kena bedah... seriau ok bila dia kuar OT.
Macam mamai semacam jer... still tak berapa sedar...
Anak-anak dia ada 2 orang girls yang suami dia bawak.
Baby yang baru lahir was a boy.. so cute!

Aku cuak jer masa malam pertama di hospital ni...
Dalam kul 10 lebih baru aku tido kot.
Tu pun sebab line internet cam hampehhh.
Slow nak mampos.

Selain dari line internet, line Maxis pun teruk.
Nak gayut ngan hubby pun susah cos dia tak dengar suara aku...

Ok. Nanti aku sambung lak jam-jam before aku beranak.
Anak aku nak nyusu la plak...
Bye!

www.tips-fb.com

24 March 2011

Sekarang baru free sikit untuk update blog Razin ni. Biasela... nama lagi dah ada anak. hehehe... Sekarang Razin tengah sedap tidur. Tidur jela ek anak Mak... cepat sikit beso.. :P

Anyway, semalam 23 March... Semalam la due date untuk aku melahirkan Razin patutnya. Tapi dah selamat la dah lahir pada 11 March yang lepas. Esok genap 2 minggu Razin lahir ke dunia.

Cantik je anak aku pilih tarikh. 110311. hehehe... Hari Jumaat lak tu... Syukur alhamdulillah...

Ok. Kejap je leh catat blog...

Next entry aku citer detailed story tentang Razin's birthday. Cos yang kat blog utama aku tu dah diringkaskan... hehehe...

See you later... Salam... www.tips-fb.com

Wednesday, March 23, 2011

Introduction.

Salam...


Menjadi seorang ibu adalah satu anugerah dari Allah.

 Anak adalah anugerah.

Life changing experience, really...

I hope I could be a great Mother!

Insya Allah... www.tips-fb.com