Sunday, March 27, 2011

A doctor in army uniform

Salam...

I'm back! Waaa susah betul nak curi masa untuk update blog Razin ni. Razin asyik meragam jer 2 malam ni sampai Mak nyer penat and tak cukup rehat. huhu...

Ok, kembali kepada cerita kelahiran Razin...

Masa stay kat Hospital Angkatan Tentera tu, aku macam jakun sikit... Ape taknya, tengok doktor dan nurse-nurse pakai baju seragam askar. Tak ke pelik? hehehe... Tapi ok la.. Smart. :)

I remembered the doctor who attended me that night. Her name was Dr Sharifah. Dah lame dia bekerja di situ kata husband. Tengok uniform yang dia pakai pun aku rasa macam berpangkat giler...

Ok, confession time.

Aku memang tak tau sangat nak identify pangkat orang askar berdasarkan uniform mereka. Uniform laki aku jer la yang aku tau... :P By the way, this Dr Sharifah's uniform was different. Sekali aku usya kat board belakang kaunter nurse, pangkat Kolonel tu! Whoa... respek... respek... (tho dalam masa yang sama aku risau ler juga cos nampak cam garang je... ahaks)

Anyway, masa Dr Sharifah ni datang check aku punyer clipboard di katilku, dia pesan suruh tanggalkan segala barang kemas yang ku pakai. Masa tu aku ada pakai cincin tunang, rantai tangan masa nikah dan juga rantai tengkuk yang memang dari dulu aku pakai. Katanya, kot-kot nanti ada emergency kena bedah ke ape ke, mane nak simpan barang kemas tu sume? So masa hubby datang melawat aku sempat la pass kan barang-barang kemas yang ku pakai pada hubby...

That reminds me... eh, mane laki aku simpan barang-barang tu sume ek?? Togel je badan aku tak pakai seurat emas pun. Rasa janggal pula... Yang cincin dan rantai tangan tu ku tak kisah, tapi rantai tengkuk... that's my favorite piece. huhu...

Eh ok. Sambung balik hal i hospital...



Did I write about why aku nak bersalin di HAT?

Well... mulanya plan nak beranak kat Hospital Seri Manjung jer... Tapi masa aku dok pergi routine checkup di KKIA Sitiawan, aku tengok macam ramai jer orang pregnant lebih kurang cam aku jer usia kandungannya. Then, seperti yang diketahui ramai orang Manjung, hospital seri manjung tu crowded. Ramai orang...

Tak kira la ko ada guarantee letter ke ape ke, kalau dah tak cukup tempat, duduk la ko atas katil kat tengah laluan orang di wad bersalin! Yes, this is true story ok. Hubby pernah je melawat orang yang katil dia kat tengah-tengah laluan di wad bersalin Hospital Manjung... tak best betol... don't want... don't want...

Kenapa tak pergi hospital swasta?

Haaaa... meh ko bagi duit! hahahaha... takdok pitih la nok pergi swasta. Kerajaan jer udah. Lagipun Mak aku kata toksah bazir, sakitnyer SAMA jer... kehkehkeh...

And since laki aku dah askar dan hospital tentera pun dekat, check in situ jer la... Antara kelebihannya: tak ramai orang, tenang dan layanan ok. Ini mungkin bias cos aku ada gak dengar layanan HAT tak ok... yang bini pegawai dapat layanan best, yang bini LLP layanan tak ok. wallahualam...

Kekurangannya: Takde doktor pakar. So, kalau time beranak nanti baby ada problem or ko ada problem, akan dihantar ke Hospital Seri Manjung gak. Haaa itu la kekurangannye... pernah je ada kes mak budak di HAT, anak dah dihantar ke hospital manjung.. huhu..... and aku dengar-dengar gak iso HAT ni ditarik. entah betul ke idak wallahualam.

But considering my condition yang okey since pregnant (xde masalah diabetes, darah tinggi etc... alhamdulillah) dan juga my hubby is an officer, so aku macam konfiden gak la nak beranak kat HAT ni... huhuhu...

Eh ala... Razin dah bangun tidur. Nak menetek la tu. Nanti sambung lagi....


Salam... www.tips-fb.com

4 comments:

amal said...

baca kat atas macam syok je rasa dengan HAT nih.. terus consider nak deliver kat sini (bilah dah pregnant la ehe).. but bila baca part

"yang bini pegawai dapat layanan best, yang bini LLP layanan tak ok."

terus rasa cuak. betul ke camni? huhu.. hmmmm

Ryehanna said...

Tak tau la betul ke x tp rasenya layanan nurse semua ok jer... cos kat situ mmg xramai org sgt so knp diorg nk lyn x elok kan... (kalo ramai patients=letih/cranky=bad service)

beza maybe wad yg diberi jela.. kalau bini pegawai dpt bilik yg 2 katil or satu katil, yang bini LLP dpt bilik yg 4 katil or 8 katil... but still not bad cos hosp tu bkn crowded pn.. mcm yg ana dok bilik 4 katil tu, 2 katil kosong.. so still privasi la kalau nk banding ngan hosp manjung. huhu

amal said...

huhuh ok2.. sedap sikit rasa hati. almaklumle bakal bini LLP hehe.. banyak jugak dengar2 cerita ada perbezaan antara LLP dengan officer.. but hopefully it's just rumours....

Ryehanna said...

let's hope so la...

insya Allah layanan ok... :)