Wednesday, March 30, 2011

Long entry of Razin's birthday

March 11, 2011...

Aku terjaga dari tidur around 1.15 pagi. Perut memulas. Nak terberak. Ni sebab banyak sangat makan Zan's Pizza yang Mak bawakkan kot? Bangun... menuju ke toilet sebelah labour room cos kat situ toilet bersih dan cantik. Sempat daok usya-usya nurse yang dok nyembang kat labour room. Malam yang tenang... Selesai membuang hajat, sambung tidur balik.

Terjaga lagi around 2.30 pagi. Berak lagi... then sambung tidur.

Dalam pukul 3 pagi lebih pun aku bangun cos nak berak...

Dalam 4.45 pagi, perut sakit. Tapi kali ni bukan sebab nak berak. Contraction beb! Aku tengok jam, 4.45 pagi... then contraction stopped. Around 5 pagi dia jadi balik. Aku dok monitor sakit contraction aku time ni cos takleh dah nak tidur...

By 5.30 pagi, aku punyer contraction mula berselang 5 minit. Hoho... time ni dah agak sakit gak la. Dalam pukul 6 pagi, nurse dah mula melawat wad. Nurse yang melawat aku perasan aku ni dah tak senang duduk kot. She asked, "Dah mula sakit ke?"

Aku pun jawab la yer. Then dia suruh aku pergi ke bilik persediaan tu. Nak check bukaan katanya. Aku pun pergi la...

Kena seluk buat kali kedua. Sakit betul! Dia suruh aku jangan keraskan badan, tapi takleh nak lembut cos tangan dia tu sangat alien to my body, ok. Fed-up aku bab check-check jalan ni... :(

Then dia gitau bukaan rahim dah 4 cm. Nurse tu suruh aku mandi and then bawak baju baby masuk labour room. Aku agak terkejut gak la... eh? dah nak beranak ek? huhuhu...

Balik ke katil, aku pun cari baju baby... Sempat gak sms Nini, hubby dan Nyda untuk gitau aku nak masuk labour room. Tak sms mak pun cos aku tau kalo dah sms Nini, nanti dia gitau la Mak.
Aku sempat jugak minum beberapa teguk air selusuh yang Mak bawakkan. However, bunga fatimah tak dapt digunakan... 1st, sebab takde baldi untuk rendam bunga tu (untuk mandi kan?). 2nd, tak sempat! huhu

bunga fatimah yang tak berpakai pun...


Tetiba nurse datang katil aku. Dia tanya, "Dah berak ke belum?"

"Dah" jawabku. Yela, dok membuang sejak kul 1 suku pagi lagi kan?

But I guess she's not taking any chances, dia suh aku mengiring then dia masukkan ubat bagi berak kat bontot ku. HAHA. Mak kata itu air sabun je... dipam masuk ke anus and memang nak terberak la dibuatnye. So aku ke toilet untuk mandi and membuang... tapi tak berak kuar taik pun cos dah takde ape kot? huhu... Mandi puas-puas cos lepas beranak mesti susah nak mandi, kan?

Lepas mandi, pakai balik uniform hospital. Tapi tak pakai bra dan underwear.

Then, aku masuk labour room. Masa ni dok tercangak-cangak lagi cos aku tengok takde pun nurse dalam labour room ni... Then baru la sorang nurse ni datang. Dia suruh aku tanggalkan kain dan baring atas katil. Ape nama nurse tu ek.. adoi lupe la.. tapi kalau tak silap namanya Qasidah ke... lebih kurang camtu. Ada 'dah..'. Tapi tak berapa ingat dah. hehe...

Dia pasangkan CTG scan untuk monitor heartbeat baby dan juga contractions aku. IV pun dipasang (tangan aku disambungkan ngan drip). By this time agak ramai gak la nurse dok datang tengok aku... dalam 3, 4 orang rasenya. Tapi no doctor. So semua perempuan la kan... :)

Ade sorang nurse tanya, "Nak painkiller tak?"

Aku ragu-ragu so aku tak jawab terus.

Then dia cakap lagi, "Kalau nak painkiller, kita masukkan sekarang cos urat tak kembang lagi. Nanti kalau dah start sakit kuat, kita takleh nak masukkan."

Hearing that, aku pun cakap "Okla... nak la"

Then dia masukkan painkiller dalam wayar yang bersambung masuk dari drip ke tangan aku.

Part ni aku ingat-ingat lupa... cos banyak sangat yang nak diingat balik. haha...

Tapi aku ingat ada satu time ni, sorang nurse yang attend aku dok jerit kat kawan-kawan dia, "Mari kawan-kawan... mari kita kerjakan" sambil senyum-senyum kat aku. Dalam kepala otak aku, SAH. Nak beranak dah ni! hahahaha...

Diorang pun ramai-ramai datang keliling aku... Ramai tak ramai la... dalam 3, 4 orang camtu. Yela, early morning case kan... so ramai la yang dok tengok. Did I tell you earlier yang HAT ni tak busy?? hehehehe...

Anyway, ada sorang sister pun datang observe. Dia dok komen yang contraction aku sikit... and tak kuat. Well, aku memang dah terasa sakit every time ada kontraksi so aku berkerut-kerut dahi dok tahan sakit. Tapi sister ni leh cakap, "Haaa tu sakit sikit jer tu... karang lagi kuat"

Aku pun tunggu jer la bila sakit kuat tu nak datang. Diorang tengok aku ok jer so sambung wat kerja lain kot... tinggal sorang je nurse jaga aku. Well, dia la bidan yang sambut baby aku later. :)

Pukul 7.30 pagi. Bidan aku pecahkan air ketuban untuk cepatkan contractions..

She said, "Kalau sakit and then rasa nak teran, bagitau ye". Aku angguk jela... then dia kuar jap.

Elok je dia kuar, aku dengar nurse-nurse kat luar bilik cakap, "Suami dia nak jumpa kejap... boleh kan?" Hatiku berbunga gembira.

Hubby masuk bilik. Tengok aku dan tanya aku camne... then he kissed and told me he'll be at his ship (cos dia bukan leh masuk pun kan). Bila fikirkan balik, aku rasa terkilan juga cos hubby tak tunggu je di wad. Takpela, dah lepas... lagipun dia memang ada kerja di kapal...

After several minutes, eh... sakitnye!! rasa nak meneran... haaa time ni aku dah cuak. Mane nurse ni... huahuahua... elok je time aku dah gabra tu, bidan aku tu masuk balik. Cepat-cepat aku gitau, "Nak teran laaa... boleh ke?"

Haaa.. ape lagi, bidan aku tu terus panggil geng-geng dia masuk labour room. Dia suruh aku teran, so aku teran la.

Then she said, "Bila sakit jer, teran ok. Kalau tak sakit, jangan teran... buat penat je nanti"

Setiap kali contractions, akan sakit. So aku teran la... tapi sakit aku kejap-kejap so banyak kali aku teran tak abis... Dah le tak reti nak teran.

Aku confuse sangat mulanya. Eh, macam nak berak... macam teran taik. Aku ni nak berak ke nak beranak? Serius confuse di situ. Tapi encouragement yang diberikan memang menolong sangat-sangat.

Bila aku teran cam nak berak, nurse-nurse yang mengelilingi katil aku dok bagi kata-kata semangat.."Haaa macam tu... teran lagi... pandai... pandai..."

Tak kurang jugak kena marah cos dok mengerang time meneran.

"Jangan kuar bunyi... itu salah tu... teran jer, tak nak kuar suara"

"Salah ni... jangan bunyi... tengok muka dah merah... teran jer, tak nak kuar bunyi"

Jenuh la plak aku nak tahan suara dari kuar. Sampai aku naik confuse... aku nak tahan suara, at the same time aku jugak dok tahan dari teran.

"Jangan tahan... Teran jer!!!"

Pening kepala aku... hahaha... btw, nurse tak bagi kuar suara cos katanya itu menghabiskan tenaga...

"Teran lagi... jangan tidur.. teran... teran..."

Mane der aku tidur daaa... aku memang dok pejam mata je sambil meneran cos sakit wehhh..

Then sakit tu hilang...

Rileks jap. Fuhh... penat woo... sakit kat bawah tu toksah citer la...

Sementara rileks ni (time tak sakit), aku dok ulang bace doa nabi yunus... aku rasa doa ni membantu sangat-sangat cos abis je aku bace, contraction pun datang...

Bila contraction datang, aku teran lagi... bila banyak-banyak kali, dah reti le sikit nak teran tak bagi bunyi. huhu...

I remember there was once, Sister suruh aku buka mulut... then dia titikkan air di keliling bibir aku dan dalam mulut aku. Then aku telan. Tak tau la air ape dia bagi... air selusuh gamaknye...

Sister ni jugak ada urut-urut perut aku time aku meneran. She said, "Baby kecik je ni... teran panjang-panjang, terus kuar je ni... curi nafas!"

Banyak kali suh aku curi nafas tapi aku tak berapa reti sangat. Banyak kali macam teran tak abis...

Proses teran meneran dan tunggu sakit contraction ni berterusan agak lama gak la cos banyak stop... Stop pun sebab tak rasa contractions=tak sakit. So takde la teran. Then, one of the nurse cakap, "Kita tunggu lagi 5 minit. Kalau takde contraction, gantung kaki laa"

And I was like, 'Gantung kaki?? Kenapa nak gantung kaki??' hoho... terus aku cuak cos cara nurse tu cakap mcam tak normal je... aku nak bersalin normal mungkin! haha... bila sampai je contraction yang ditunggu, aku teran habis-habisan. Punyer la takut nak kena gantung kaki! hahaha... Cos dalam kepala otak aku dok bayangkan, kalau kena gantung kaki, depa nak tarik baby guna forcep ke?? cuak wehhh!

Bila aku dah teran habis-habisan tu, rasenya kepala baby dah nampak kat bawah kot... sebabnye, time ni bidan aku dok jerit, "Kali ni tak payah tunggu sakit, teran je!"

Then ada jugak la nurse lain gitau "Kepala baby dah nampak dah tu, teran lagi... kang lemas anak tu". Tetiba jer ada nurse baru masuk. Cos sejak dari tadi aku pejam mata... bila aku bukak, tetiba ramai la plak nurse yang ada keliling aku. Yang tadi takde, ni tetiba ada pun ada.

Mendengar cakap nurse tu, risau la aku dibuatnye so aku pun teran lagi sepuas hati. Dalam hati bace doa nabi yunus tu... niat nak kuarkan anak dengan selamat...

Arghhh menjerit-jerit pun yer... Kaki kiri aku terangkat-angkat pun yer juga.. Sakit sangat time ni. Sampai nurse tu dok kata, "Jangan nangis plak... teran jer..."

Eh.. bile masa plak aku nangis? Aku dok pejam2 mata tahan sakit ada laaa... serius, takde rasa nak nangis pun. Rasa nak selesaikan beranak secepat mungkin tu ada la.

Ya Allah, by this time, memang sakitnye hanya Allah yang tahu. Sakit giler! Memang bertarung dengan maut rasenya time ni. Time ni jugak aku rasa aku digunting (episiotomy) untuk bagi jalan baby kuar. Ya Allah... sakitnya nak keluarkan anak... rasa terkoyak-koyak... urghhh

Then, tetiba aku rasa something kuar dari dalam aku. My baby! Melalak-lalak anak aku bila kuar... Tangisan yang aku tunggu-tunggu! Lega betul rasenya bila tengok baby dah selamat keluar. Disambut bidan perempuan tu dengan lafaz 'bismillah..'. Syukur alhamdulillah... kerana anakku disambut wanita Islam. :')

Bidan yang sambut baby then tunjuk anu baby kat aku right after baby kuar. Then dia tanya, "Haa.. tengok ni.. Anak lelaki ke perempuan?". Aku tengok... nampak telor baby jer... haha.. So I smiled and said, "Lelaki"

Terasa kena kick dari baby masa dia kuar... dan juga terasa membuak-buak 'sesuatu yang slimy' keluar. Uri yang keluar rupanya. Syukur sangat uri senang je kuar sendiri cos aku dok risau pernah bace yang uri terputus ke ape.. and tertinggal di dalam. erk. Nasib baik ok jer kuar.

Bidan siap tunjuk kat aku uri tu... "Pernah tengok uri? haaa ni la rupa uri.." Sekilas jer aku memandang,,, tak larat sangat time ni.

Then baby ku dibawak keluar... Aku lak masih lagi terkangkang atas katil. Letih gila!

"Sekejap yer... nak jahit dulu... banyak koyak ni" bidan tu gitau. Dia suntik bius an start menjahit. Bahagian dalam tak terasa sakitnyer... tapi bahagian luar... ya Allah... sakit sangat!

Aku rasa macam lama giler jer dok terkangkang kat situ sampai kaki kanan aku bergetar-getar (it shook like crazy)! perghh... part kena jahit ni memang sangat tak best :(

Selepas dijahit, bidan tu pakaikan pad kat aku... Double pads dan diikat di hip aku guna tali. haha.. macam G-string! tapi cara ni la yang aku dok teruskan sampai ke sudah cos malas pakai underwear. :P

Duduk atas wheelchair yang disediakan, then dihantar ke bilik...

Kalau sebelum ni aku dok kat area bilik yang ada 4 katil, kali ni aku dipindahkan ke bilik yang ada 2 katil. Ada jiran... akak sebelah katil aku beranak operate... dia operate since Rabu. And elok je aku masuk bilik tu, akak tu akan discharged at midday.

Lepas aku dok kat katil (dengan penuh susah-payah), baby ku dihantar masuk bilik. Waaa... anak aku!! Macam tak caya lagi time ni yang aku dah beranak. AKu tengok je dia dalam baby cot. Tak larat nak pergi dukung ke ape... tengok dan cuit sikit-sikit je...

Sempat amik gambar. Di bawah ni gambar pertama anakku yang ku ambil...

My first thought was, 'my baby looks like hubby!'
Especially when he opened his eyes... he has his father's lashes.
:)

Hati rasa kembang dengan penuh rasa cinta pada anak ini.
He's my child!
Rasa bersyukur sangat-sangat pada Allah...

Time ni rasa macam nak nangis sebab hepi sangat.
Tapi tak nangis.


Then aku amik-amik gambar lagi... mms gambar di bawah ni kat hubby...



"Abang, ana dah selamat bersalin"

Ding! Dapat mesej. He replied, "Laki ke?" --->I rolled my eyes reading his text.

"Laki laaaa"

"Ayang ok?"

"Ok"

"Ok. jap lagi abang sampai. Lubiu"

Then aku sms Nini gitau aku dah bersalin...

Aku baring dan tunggu ketibaan suamiku... tertidur akhirnya...

bersambung... www.tips-fb.com

9 comments:

bardboo said...

wah pnjgnya entri!! tp sy gigih baca dr awal smp abes..

tp pas abes baca, ras takut plak nak bersalin..tp at least ada gak gmbran mcm mana nak meneran tu sumer..harap2nya diberi kekuatan utk meneran abes2san..

bunga fatimah tu guna utk pe ek?

amal said...

huuu scary ok!

Miss AnisSensuous said...

Seriaunya baca cerita kakak.. Takut..tapi orang perempuan kena tahu kan pasal ni. Terima kasih tau sebab sudi share kat blog.bukan semua orang mampu (berani) buat macam ni. Salute sangat kat kakak :)

Ryehanna said...

To Bardboo: Haaa mmg panjang giler entry ni cos sangat detail! masa tls kat blog utama dulu ana skip bab proses dalam labour room tu. hehehe.. jgn takut nk bersalin, insya Allah selamat semuanya... mmg sakit tp bila dah lahir anak, itu anugerah paling berharga...

err bunga fatimah tu fungsinya utk mudahkan bersalin la kalau xsilap... rendam bunga fatimah tu and then dia akan kembang.. kembangnye bunga fatimah tu, kononnya sama mcm kembangnya uri kita... cmtu la lbh kurang


To Amal: Memang scary.. masa ni time abis je kena jahit terus rasa xnak beranak dah. huhu... tp ni la pengalaman menjadi seorg ibu bila bersalin normal... rasa sakit melahirkan berbanding bersalin operate. nak tmbh anak kena tgg 2,3 thn lg kot insya Allah :P


To Ms Anis Sensuous: Hahaha thanks... xde per yg nak disalute pn..ramai je org beranak and tls kt blog gak.. ini versi detail gile la ni.. hehehehe

jgn takut nk beranak lak pas bace ni. ;)

amal said...

Part ni paling tak tahan baca:

"Ya Allah, by this time, memang sakitnye hanya Allah yang tahu. Sakit giler! Memang bertarung dengan maut rasenya time ni. Time ni jugak aku rasa aku digunting (episiotomy) untuk bagi jalan baby kuar. Ya Allah... sakitnya nak keluarkan anak... rasa terkoyak-koyak... urghhh"

wuwuwuwuwuwu.. macam sakit gile gile je. terbayang-bayang dalam kepala huhuhuhu.. naik abes bulu bulu kat badan nih ehehe

Ryehanna said...

Haha... yela, kena la tls cmtu cos mmg itu yg dirasai time tu... :P

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

wah!!! teringat balik time deliver aritu... rase nk nanges jer... bukan sbb sedey atau sbb sakit ke aper... tp sbb rase bersyukur sgt2 sbb ALLAH bg peluang untuk merasai manisnye pengalaman mengandung dan melahirkan anak dari perut sendiri ;D

bardboo said...

pas bunga tu dh kembang, kena minum airnya ke or mandi dgn air tu?

Ryehanna said...

To Nieyxzha: yup! memang bersyukur sgt2.. :)

To Bardboo: Ha ah.. air tu utk mandi... minum? tu x sure... hehehe