Monday, August 22, 2011

Of Razin's 5 months checkup and first taste.

Razin kena cucuk 5 bulan pada 18 Ogos yang lepas. Pergi ngan Diyana.

Berat: 7.5 kilo
Panjang: 67 cm
Lilitan kepala: 44 cm

Hambikkk... 7.5 kilo tu! Semangat! huhuhu...

Masa baru nak pergi klinik...
Baru bangun tido ni. huhu



Kat KKIA Sitiawan menunggu giliran untuk ditimbang etc...


Aku tengok anak aku takde la besar sangat tapi sebab lelaki kot. Berat lebih sikit. hehe...

by the wayyy, cucuk kali ni Razin tak nangis!! Phewww...
Aku sangat2 terkejut.

Masa nak cucuk, nurse cakap, "dah 5 bulan kan? dah besar dah..."

Then kena jab. Razin muncung. Hukkkk... pehtu dia tengok nurse tu cakap lagi, "Dah besar takkan nak nangis lagi kena cucuk". Then dia diam. Tengok je muka aku. Aku lak yang heran. Eh? tak nangis? Good boy! hehehe


Another thing, last weekend (well, since Friday 19th Aug actually) Razin berjalan dari KL ke Pahang. Singgah KL ofis, pastu pergi JJ Maluri (mak rembat handbag raya sebijik)... singgah pasar ramadhan di Karak with you in Ayah's arms...(mak xlarat nak dukung lama2) then baru sampai kampung...

Pastu esoknye pergi pasar malam kat Mempaga beli ayam golek. Razin suke sangat tengok orang. Sekarang dah tak nangis dah. In fact, Razin suka sangat bila diagah-agah oleh orang waima strangers sekalipun. :)

Ahad pulak kita gerak balik Perak. Tapi lalu kat Cameron Highlands. Razin tido je dalam kereta tapi masa sampai Cameron, tak banyak ragam cos Razin suka tengok keliling. On the way balik Razin tido sampai la ke Beruas. Then pergi pasar ramadhan kat Beruas pulak naik keta Mak Uda Lin. Seronok yer ramai melayan.

Like father like son?


Umah Atok and Nenek di Felda Lakum, Pahang


Razin di samping sepupunya, Kushairi yang berumur 2 minggu.
Acik balik kampung sambung pantang di Pahang lak.
(Adik perempuan hubby yang kahwin serentak last year baru bersalin... c-zer)



Di Pasar Ramadhan Pekan Beruas pada Ahad lalu (semalam)
Merasmikan cap Anakku yang dah dibeli since Razin 3 bulan tapi tak pakai-pakai cos xmuat lagi... huhu


Time nak balik dah jadi baby hip hop.
:P



So arini banyak ragam. Mak tau Razin nak berjalan-jalan lagi... tapi udah-udah le ye nak... nanti tunggu raya kita jalan-jalan lagi. Too much excitement on the weekend made you restless today. Even ngan Mak Teh Diyana pun Razin bolayan daaa... Nak Mak je... Tapi Mak kerja la sayang...

So today, aku dah merasmikan Razin punyer Munchkin's Fresh Fruit Feeder sebab nak bagi Razin diam..errr... yela asyik meragam je. Susu tak nak, tetek tak nak... buaian tak nak, jumperoo pun taknak. Perut xkembung, cd baru tukar.. so bagi leka ngan isap-isap buah. Letak buah strawberi lak tu! Bertuah punyer Mak. Tapi nak wat camne.. takde buah lain dalam umah ni. Strawberi berlambak le cos baru borong dr Cameron. Plus, yang beli kat Tesco aritu pun ada lagi (tapi kecut le.. so Mak tak bagi yang Tesco's)

Makanya... Razin dah makan buah lerr... huhuhuhu...


Abis dijilat and dihisap.
Nasib baik tak sakit perut.
(cuak gak cos masam kan... huhu)



Esok aku nak cari bahan-bahan yang leh jadi makanan untuk Razin.

Nak beli ape ek?

Ikut malas aku ni, beli Heinz baby food dalam botol kecik2 tu je. :P

Tapi tengok le yer... tak tau nak bagi ape. Sebenarnya tak plan pun nak bagi awal tapi aku tengok dak Razin ni memang nak makan dah rupanya... Dah 5 bulan dah pun so boleh je bagi kan... heheh

Sekian update hari ni. Salam...

www.tips-fb.com

2 comments:

Leonora Halim said...

muka Razin lps bangun tido tu sgt macho okeh! ekekekek... Salam Hari Raya Rye! :)

Ryehanna said...

Hehe.. dia asyik serius je tgk kamera.. macho la konon...

Selamat Hari Raya to u too dear. ;)