Sunday, September 11, 2011

Happy 6 months old, dear Razin!

Today is Sept. 11!

Razin dah 6 bulan...

Ape yang dia boleh buat?

Meniarap... tapi dia jarang pusing sendiri. Selalunya baring jugak. huhu

Makan. Oh... dia suka makan buah kalau letak dalam Munchkin Fresh Fruit Feeder tu. Aku banyak bagi dia makan puree buah+sayur dan biskut Milna je... esok baru nak start bagi bubur nasi. :P

Duduk? Well... he can sit. Tapi kejap je haha.. pehtu mesti senget badan and tumbang... takpe Razin... take your time...

Razin jugak dah pandai tiru perangai Mak dia.

Aku ni ada bad habit suke gigit-gigit my inner cheeks.. kalau orang tengok, macam aku ni sakit gigi, ade makanan melekat celah gigi etc... And there was one time aku xperasan aku buat benda tu tapi perasan Razin tengok aku sambil mulut dia pun tersenget-senget! wakakaka... lame aku usya dia tgk je mulut aku and tiru... lawak gile.. aku nak tergelak besar bila ingat balik. heeee...

Dah mula babble-bable... oh so cute ok dgr bahasa baby! hehehehe

One active baby!

He loves to jump! kalau orang pegang dia dalam dia berkeadaan diri, mula la dia nak melompat2... suruh orang timang dia... ni penangan duduk dalam jumperoo la ni... hahaha...

Selain itu dia memang tido tak lama sangat... aku rasa mostly sebab pakai cd kan... kalau kencing banyak, dia rasa basah so dia jaga... which is good cos malam cepat sikit tido. haha... (malam-malam pakai cd jugak...)

Razin dah tak takut orang sangat dah... kira ok la... tapi dia memang takleh kalau ada budak kecik lain menjerit2 or menangis kuat2. Confirm dia nangis... haihhh... ni kes masa pergi makan-makan umah Danial malam semalam... bantai menangis kat sana. huhu...

Masa raya aritu Razin dah kebal dengan bunyi mercun,. Tak nangis or terkejut... or bangun tido pun masa kat Pahang... masa memula raya kat Beruas dia terkejut la... pastu dah kebal.. heh.

Ok la... till later.

Arini busy sikit menguruskan cd2 Razin... akhirnya aku jemur tengah panas cos yang jemur semalam tak kering (sini asyik mendung)

Penat tak abis lagi ngan kerja...esok dah kerja balik.. :( www.tips-fb.com

No comments: