Thursday, December 29, 2011

Razin jalan-jalan



- Dah mula berjalan setapak dua then jatuh masa kat umah Nenek di Felda Lakum, Pahang on 24th-26th Dec 2011.

- Suka makan. Macam-macam benda dah Mak bagi Razin makan. :P

- Gigi atas dah tumbuh 2 batang. So dah ada 4 batang gigi. Gigi bawah yang 2 batang tu makin besar. Kalau Razin gigit memang sakit. Mak selalu bengang kalau Razin gigit-gigit time menetek. Grrrrrr...

- Selain itu, Razin still tak abis-abis suka gigit dagu Mak.

- Manja sesangat.

- Suka main tv. Suka tutup-tutup tv sebab nak tutup senang je cos ada touchscreen. Pastu bila tv dah tutup, pusing belakang tengok orang yang marah dia sambil gelak-gelak. Geram betullll

- Kalau berak, petandanya ialah Razin takmo duduk. :P

- Nak tido dengar lagu Maher Zain...

- Suka jalan-jalan especially bila kena 'wear' dalam carrier. Alhamdulillah Razin tak banyak perangai. Dok dalam stroller ok, dalam carrier pun ok.

- 26th-27th Dec 2011 adalah 2nd time Razin dok tido kat hotel. This time di Cameron. Razin seronok sangat. Before checkout last Tuesday, kita 3 orang anak beranak berendam dalam tab mandi hotel. Razin suke la camtu... hehehe... nanti bebila free and ada rezeki, kita jenjalan lagi ye Ajin... :)

- Rambut dah kena potong for the 2nd time since lahir. Nampak lain... muka nampak bulat. Mak yang potong kan rambut Razin untuk kedua-dua kali. Ala trim je sebab rambut dah nak masuk mata.

Lagi ape nak update...

Oh masa Mak menulis ni Razin kat Beruas lepas kena kidnap ngan Opah, Mak Uda Lin and Mak Tih Diyana masa diorang singgah petang tadi. So malam ni dapatla Mak rileks sikit. hihi... Umah dah macam kapal pecah sebab since balik tak kemas ape lagi. Susah juga bekerja dari umah ni... huhu...

Razin nakkan perhatian Mak sentiasa. Mak pun ada kerja jugak sayang (walaupun tak pergi kuar ke ofis dah pagi-pagi). Mak kena selalu online... haih... harap-harap ok la pasni... Mak kena sesuaikan diri juga...

This is random.... tapi nak tulis jugak kat blog Razin ni (sebab tak ramai orang bace)....


My wishlist in January:

1. Another baby carrier for Razin. Dah book Beco Butterfly 2... Baru bayar deposit RM100.. Balance time orang bayar duit Quinny next week.

Why I want another carrier? Sebab yang Ergo tu macam lebih sesuai for hubby... so biar la dia pakai yang tu. Takyah nak adjust2 strap dah setiap kali bertukar orang yang pakai... another reason is because aku nak try Beco lak! haha... kalau tak best, nanti aku let go and try Boba lak... hihihi... I've been bitten by a babywearing bug, remember? =P

This is the one that I want. Nama pattern ni Tyler.
Design dia neutral so sesuai for boy or girl.
*winks*


Aku lebih suka SSC dari ring sling or wrap. Mei tai tak nah try tapi macam tak minat je :P
Wrap tu best sebenarnye tapi sebab aku tak tahan panas, so takdela gile ber'wrap' sangat


2. Ikut rombongan Cik Kiah ke Langkawi during cuti Chinese New Year. Aku tak tau la laki aku leh join ke tak time tu tapi aku nak pergi jugak. Rombongan ni Mak aku yang organize so join jela. RM210/person jer untuk trip ni. RM210 tu dah meliputi hotel 2 malam bersama breakfast (Hotel Langkasuka kat Kuah), tambang bas masa nak pergi dan masa kat Langkawi dan juga tambang ferry. Ok la kan? So aku mau pergi


Insya Allah takde aral melintang kami ramai-ramai akan ke Langkawi this CNY :D



3. last but not least, aku akan pastikan aku ada 2nd stroller for Razin before ke Langkawi. I want Maclaren Triumph! :D Insya Allah aku akan beli before CNY. Senang sikit nak bawak travel. Zapp Xtra is not suitable kalau nak bawak pergi rombongan and naik bot bagai... Kalau Zapp yang biase tu ok. Actually aku terfikir gak nak beli Zapp biase tu tapi hubby bising... Lagipun takkan dua2 stroller brand Quinny kot? try Maclaren pulak la... murah pun murah dari Quinny =p

Being a purple lover, of course I want purple color.
Tapi ada orang advise kalau nak pakai Maclaren amik kaler gelap-gelap cos nanti bila dah folded, roda dia tu kena kat kanopi. abis comot kalau warna cerah...
Aku harap purple ok kot?


Tak sabar nak membeli sume ni... wahhh macam banyak duit je... tak sedar diri dah takde majikan. ;p

That's all.

Babai.

www.tips-fb.com

No comments: