Monday, January 30, 2012

10 months plus

Trip ke Langkawi pada 20-23th Jan yang lepas adalah kali ke-3 Razin stay hotel.

Walaupun kali ni hotel biase-biase je, tapi namanya hotel le jugak. Hotel Langkasuka to be exact. Mak catit ni bukan ape, Ayah kamu yang suke nak ingat bila Razin first time pergi itu ini, kali keberapa pernah tido hotel etc... Almaklum, Mak dan Ayah mana der merasa dok hotel ni sumer masa kecik-kecik... Untung Razin cos kali ni Opah nak bawak Razin berjalan... Kalau ikutkan Mak, memang Mak malas ikut cos agak leceh nak travel bawak Razin yang masih baby huhu... (no hard feeling yer dear)

Yela, dengan strollernya, carrier, carseat, lampin, wet tissue, botol susu, susu, nestum, puting... sume tu kena bawak... then bila pergi mana-mana tempat of course kena standby la susu Razin and spare clothes kot-kot Razin yak2 sampai terbocor ke ape ke kan.... hehehe... Luckily ramai nak tolong Mak jaga Razin. Alhamdulillah...

Kat lobi hotel tengah tido lepas breakfast. haha...




Ni plak masa tidur kat bilik Mak Yang... Mak pergi mall sebelah hotel time nak beli barang, so Mak tinggalkan Razin ngan Mak Yang. Balik2 tengok Razin dah tido...




Dalam bot masa island hopping



Kat Tasik Dayang Bunting...
Hepi bila turun dari Ergo cos nak jalan-jalan...




You were such a good boy. You behaved and was the talk of the trip. :)

Balik-balik dari Langkawi, ini adalah perkembangan Razin yang Mak perhatikan:

1. Dah boleh bangun sendiri tanpa berpaut pada benda lain.

Sebelum ni since Razin dah leh jalan, kalau Razin jatuh je mesti Razin akan merangkak pergi kat kerusi ke, kaki Mak ke untuk bangun. Now tidak lagi! Razin jatuh, then Razin bangun sendiri at the same spot! Hurray!!


2. Razin dan pandai nak ikut-ikut orang keluar.

Sebelum ni tak. As long as ade orang teman Razin dalam umah (or as long as you have me), Razin leh je duduk diam-diam dalam rumah. Tapi sekarang, bila nampak Mak Yang naik motor or Pak Ucu start motor, dah pandai dah NANGIS nak ikut!! Amboiiii... bila belajar ni??? Sabo jelaaa...


3. Razin makin banyak akal dan bijak.

There were so many things about your development, dear... Normal la for a baby who is growing... U pick things from the floor and you love to run and run... Satu yang Mak suka ialah Razin kurang 'mengemas'. Razin macam tak heran sangat la dengan bag-bag yang berlambak kat hall ni (balik dari Langkawi tak simpan-simpan) and you prefer to play with Abg Amirul. Good thing you have a friend! So, Abg Amirul la yang rajin melayan Razin and main kejar-kejar dengan Razin. Mak Yang siap rakam lagi bila Razin berlari menenten-nenten kena kejar ngan raksasa Abg Amirul. Lawak gila cos lari laju sangat sampai tergelak-gelak! Tapi takleh upload cos nampak Opah hanya berkemban je. haha... So Ayah and Mak Ude tak dapat la tengok online.. kena tengok dari henpon Mak Yang la...


Lagi ape ek...

Ntah... Malas dah nak tulis.

Tak sabar nak tunggu Ayah balik Perak. Lagi 5 hari je Razin!! Dah lama kita tak jumpa Ayah kan... since 10 Jan aritu... Weekend depan (4,5th Feb) baru jumpa Ayah. Almost a month!

I know you miss him, I miss him too... sama-sama kita tunggu dengan sabar k. Semoga Allah rahmati perjalanan Ayah pulang jumpa kita... :')

Anak Mak kan 'askar'... kena kuat tau... Always remember that Ayah loves you so much.

Oh... sebak lak tetiba....

Ciao. www.tips-fb.com

Friday, January 20, 2012

Oh razin...


Please forgive Mommy...

I'm sorry I yelled.

I'm sorry I left you crying while I went to the toilet, while I cook some food.. while I line drying the clothes... I'm really sorry to hear you cried your heart out... I'm sorry sayang...

I'm so sorry I shouted.

I'm sorry I was angry and pissed.

I was tired.

Freaking tired.

Sorry k sayang... www.tips-fb.com

Monday, January 16, 2012

10 months old


Yeah... ni entry tertunda... I should've written this entry last week! Razin turned 10 months last 11th Jan. Wow... just another 2 more months to be a 1 year old child!

Ape yang dia dah boleh buat?

The most obvious thing is... HE CAN WALK!

He started walking even before he turned 10 months. And now at 10 months old, he can walk in longer distance (4,5 metres) before falling =P

Here's his latest videos (ade 2 lagi video masa dia belajar berjalan dalam FB, aku tak upload kat Youtube rupanya... malas lak... :P)



Video recorded on 11th Jan 2012.



So Razin is now a toddler! eh... since dia nak masuk 10 months dia dah jadi toddler dah... and I already put 'tags' on 'Toddlerhood' kat blog ni... hehehe...

Toddler means a child who is learning to walk. Since Razin is in that stage now, he's a toddler. Doesn't need to wait until he's 1 year old la kan... ;)

Mamito said 'Razin cepat berjalan'. Aku dulu dah dapat adik baru berjalan (eleh dapat adik time aku setahun 2 bulan... Mak beranak cepat sangat! sebab tu aku kurang kasih sayang :P)

Kebanyakan anak Mak semua start jalan time umur dah setahun or setahun lebih... Ni Razin kira cepat la kan... 9 bulan lebih dah belaja-belaja jalan and now baru le stabil sikit dia jalan eventho lastnye dia akan jatuh gak nanti. hehe...

Selain berjalan, ape lagi update?

Hmmm... he's learning to talk also, I think. Walaupun he's blabbering entah ape-ape aku tak tau, tapi nampaknya macam dia baru perasan dia ada suara dan nak try cakap.

Dia juga suka tegur orang. Tapi tegur cara dia la... nak tergelak pun ada. Dia tegur cara mendengus (lebih kurang). Tak bukak mulut pun tapi kuar bunyi menegur... ala macam kita berdehem tu kan... tapi cara Razin la... :P

Razin sangat-sangat manja dengan aku. Kalau aku ada, makin mengada-ngada. Time aku takde, elok je dia dok ngan Mamito and his aunts. Huh...

Sleeping patterns masih tak molek. Dia takde jadual tidur yang betul. Dia susah sangat nak tido malam. Aku cuba nak 'jadualkan' tidur dia dengan try tidokan dia every 10 pm tapi setakat ni memang tak jalan... Dia tak nak tidur. He'll be crying his heart out until aku kuarkan dia dari buaian (letak dalam buaian nak bagi cepat tido). Then kalaulah dia tido dalam buaian pun, time aku nak transfer dia naik atas untuk tidur atas katil dia MESTI terjaga and takkan tido balik. Sampai beberapa jam baru dia tido. Haihhhh

Bab makan okey je... he eats everything. :P

And he pooped everyday. Kalau tak berak hari-hari pun, esoknya dia akan membuang la... Alhamdulillah dia nak makan... aku harap sampai dia besar dia takde masalah nak makan... Jangan jadi macam aku udah la... kecik-kecik dulu Mak bagi aku Appeton cos susah nak makan... That's why masa kecik aku kurus kering je. Dah besor je baru gemok. ekekeke...


Out of topic sekejap:
Hubby's been in Johor for almost a week now. Don't know when he'll be back. I told him to find a house. Aku tak rasa aku leh dok sini tanpa dia lama-lama... tapi dia macam berat hati nak cari umah sewa cos katanya "Macam mana kalau lagi 2 bulan abang ke draft mana-mana?"

Well, betul jugak. Laki aku dah dok kapal tu lame gile kot. Dah lebih setahun dah... Orang lain semua dah kena draft tempat lain tapi dia je belum... adakah saje2 taknak draft dia cos xcukup marine engineer officer? Mmmm tak paham aku. Susah kalau asyik kena ikut kapal ni... dok ofis je kan senang... =P

That's all for now.

Salam... www.tips-fb.com

Tuesday, January 10, 2012

Razin's 2nd time on the beach

Gambar ni gambar lama actually... baru sekarang Mak nak upload kat blog ni...

Sebabnye amik gambo guna BB Ayah...

Lokasi: Teluk Senangin, Perak.

Tarikh: 31 Dec 2011 (gambar tahun lepas tuuu! haha)

Ni gambar lepas dah salin baju...
Muka tak puas main air... heheh


Pelampung turtle yang Ayah belikan khas untuk hari tu.
Ade lubang untuk letak kaki so Razin leh la konon-konon duduk atas turtle tu...
Basah jugak la sampai ke dada... berlengas badan kena air laut...



Mula-mula takut... pastu marah and nangis bila Ayah angkat ke pantai...
Nak main air lagi...
Ajin... Ajin...


Tunggu Ajin besar sikit baru kita mandi kat Ulu Licin k...
Mak tak berani bawak Ajin pergi situ lagi cos tempat tu 'keras'.

K la...

www.tips-fb.com

Safety 1st: Baby Gold SX carseat

It's been a while since the last time I updated this blog with Razin's stuff.

Well, today I would like to write about his new carseat. I bought it last December in a brand new condition (his Maxi Cosi Cabriofix was a preloved) using my LAST SALARY from SDRAC. So it definitely has sentimental value... huhu

Jenuh jugak la survey what's a good carseat for him... I got my eyes on the Maxi Cosi Opal tapi harganya aduhai... tak mampu... walaupun mahal beberapa ratus je.. tapi ahhh try la brand Safety 1st lak kali ni... hehehe...

Mula-mula aku consider jugak nak beli Maxi Cosi Priori, tapi nampak macam tinggi sangat dan macam tak empuk... tak macam carseat yang leh pakai from newborn until toddlerhood. Antara sebab aku nak Opal adalah ianya leh pakai from newborn... kekonon la untuk next baby ke kan... Plus, carseat yang leh pakai from newborn ni nampak comfortable sesangat. Sebab ada extra cushion etc... sebab tak jadi nak angkat Opal, aku angkat la Baby Gold SX.

And it's a good carseat so far...

Yang penting bagi aku, carseat kena comfortable...

Sebelum ni ade gak try bagi Razin duduk dalam carseat brand Otomo yang dibeli di Tesco... carseat ni kompeni punyer hehehe... so aku pinjam jap nak test bagi Razin duduk cos aku dah notice dia nak tengok depan and boring bila dok dalam Maxi Cosi Cabriofix dia...


Carseat ni pun ok gak sebenarnye...
Cuma yang aku tak kenan adelah bahagian tempat letak kepala tu berbonjol...
Ade macam skru untuk place head support tu kat belakang kepala kan... dia punye bolt tu kena kepala baby. Memang tak nampak cos ade sarung, but it's there... bonjol tu ade...
And kalau tengok padding pun sendiri pun tau la kan... takde la seselesa carseat yang pricey since span dia tak tebal sangat...

Toddler carseat ni aku yang beli kat Tesco time ade customer kompeni buat reservation request carseat padahal kat Lumut's branch memang takde child carseat.
RM189.90 harganya...



However, aku dah dapat confirmation yang Razin memang nak tengok depan dah... takmo lagi rearward facing. So I have to hunt down a forward facing toddler seat for him.

That's when I browsed thru my catalogues (nama lagi penjual carseat and strollers kan...) tetiba aku cam jatuh cinta lak ngan Safety 1st Baby Gold SX tu... it's cheaper than Maxi Cosi Opal by a few hundreds ringgit (Retail: RM999.90) and it can also be used from birth!

So aku called supplier untuk tanya warna ape yang ada (ade 3 pilihan warna; red, black and brown) sebab diorang ni semedang je kaler yang aku nak takde stok. huhu...

Then they informed ade 1 unit je tinggal and the color is Moka.

Great! That's what I want. hehe... Aku tak nak hitam cos common sangat... merah memang cantik tapi terlampau striking kang Razin takmo tido lak dalam carseat dia (hehehe) so I chose Moka. Cun gak bagi aku warna brown... :)


This is it.
Safety 1st: Baby Gold SX in Moka

Description:
- 3 position tilt
- Integrated Gear Sweatshirt
- Hang harness
- Bottle Holder
  • Shim-adjustable head height
  • Quick installation thanks to the opening of the cover
  • 5-point harness with quick release
  • Universal installation with 3-point belt
  • Protection harnesses and loop
  • Fleece clothing, removable and washable

Jadi la...

It's not too big. Tak amik banyak space sangat pun... Kalau letak kat backseat, 2 orang lagi boleh duduk belakang so memang elok2 jela dia amik satu seat... kalau kereta lain ku tak tau la... but for SUV memang ok je...

See the 2nd pic?
Elok-elok je amik satu seat...


Lega jugak la beli toddler seat ni cos I don't have to sit at the back anymore... kalau masa dia dok dalam Maxi Cosi Cabriofix dia dulu, tak sampai hati nak biar dia kat belakang sesorang... yela, bukan dia ngadap depan pun kan... so aku memang akan teman dia kat belakang... tapi now dah pakai forward facing carseat, memang bagus sangat la... Kalau aku yang drive sesorang pun no need to bring him in the front seat. As long as he sees me, he's okay =)

Satu je cons tentang carseat ni...

Dia punye buckle tu agak tricky nak guna masa mula-mula... tapi now aku dah biase dahla...

Tu je citer carseat Razin...

Adios


www.tips-fb.com

Monday, January 9, 2012

Threwing tantrums

Malam yang sukar... (again)

Aku dah naik bengang sebab bila dia tak tido, dok panjat-panjat katil, berpaut pada headboard katil sambil pijak-pijak rambut aku. Sakit oi!

Tak cukup dengan itu, dia dok melompat sana sini then bila aku peluk dia kuat-kuat tak nak bagi gerak dia gigit lengan aku. Sakit oi!

Bagi susu botol tak nak, so aku bagi la tetek... kot-kot nak tido. tapi jangan harap... dia bantai gigit plak! Sakit nak mampus! Arghhhh.. bengang je aku...

So kerja aku terjerit jela memalam buta.

Lastnye aku letak dia kat bawah (so that aku takyah nak risau dia jatuh katil ke ape) and biar dia main kat tilam bawah. fyi, katil aku dikepung dengan tilam single dari bilik lain supaya kalau razin jatuh takde la sakit...

Lama dia main kat bawah.. main jam Hertz, main lampu... so aku bawak la naik balik...

Kali ni dia buat hal nak tekan-tekan tetek aku bila nak berdiri. Sakit oi!!

Stress aku so aku bengang aku suruh laki aku take over... he was sleeping all this time...

Elok je aku turun bawah nak minum, dengar razin melalak-lalak macam hape lagi. Wat hati kering...

Then, just like I expected, dear husband brought Razin down. Suruh jugak aku jaga... haihhh geram la jugak kan... takleh langsung nak take over....

Nasibaik la memikirkan pagi tadi he bathed Razin and prepare nasi lemak for breakfast... so now tgh melayan Razin yang taknak tido. Susu tak nak, lampin dah tukar... kembung of cos la tak... he just didnt want to sleep...

Cabaran betuila...

Tadi masa hubby bawak dia turun aku dengar gak la hubby bising-bising... haaa tau pun... ingat senang nak jaga budak... tu ade hati nak ade anak sampai 10. gilo ko apo...

Razin oh razin...

Duduk ngan Mak jela ye... Teman Mak online... Mak nak kena settle banyak benda untuk esok ni... Don't worry, I ordered some stuff for you too ok...

Mak just harap Razin stop perangai nak gigit2 orang tu cepat-cepat... Minggu ni Mak beli new teether untuk Razin k... hopefully Razin tak borink la ngan benda ni berbanding previous teethers i bought u...

Ini lah dia budak takmo tido tu...
mak bagi jela ajin nak main ngan ape2 pun...
hai lah anak...
Sekarang ni tengah main walker dia yang dah berlipat tu plak...


Till then... www.tips-fb.com

Thursday, January 5, 2012

Safety gate installed!






Settle satu benda...

Bukan ape, dah banyak kali Razin try nak panjat tangga. And then Jumaat lepas Mak nampak Razin dah naik sampai anak tangga yang ketiga!

Menjerit aku dibuatnye... ingatkan hubby tolong tengokkan, sekali dia ralit tengok tv sampai tak perasan anak panjat tangga. Aku tengah sidai kain time ni huhuhu... bahaya betul!

Safety gate ni aku beli ngan harga RM119 kat Kiddies. Belasah jela asal boleh pakai and ada extension.

Ingat nak beli dua untuk halang Razin ke dapur tapi tak cukup bajet. hihi...

I've so many things to write down but I have no time!

The most important thing is.... Razin can now walk for 4, 5 steps!! Baby steps... how cute! Dah nak boleh jalan dah anak Mak... huhu... abis la pasni jenuh nak mengejar and kepung.. sekarang ni pun Mak dah tak larat... camne la kalau Ayah pegi Johor nanti? hmmmm so Razin jangan nakal-nakal tau!

Dah... nanti sambung lagi. Nak upload gambo Razin kat Teluk Senangin last weekend tapi gambar dalam BB Ayah... nanti ye...

p/s: Next week Razin 10 bulan! www.tips-fb.com