Tuesday, February 21, 2012

Ke Taman Paya Bakau dan Hotel Best Western

Last 11 Feb 2012 kitorang jalan-jalan sebab Ayah dah nak balik Johor the next day. So saje la kuar amik angin... Ayah belanja Mak makan kat Secret Recipe... and malam tu kita tido kat Best Western Hotel Marina Island dengan FREE sebab Mak Yang ade kursus kat situ.

Tengok gambar jelah ek... actually gambar2 ni semua dah corrupted and takleh view dah sebab memori kad BB Mak rosak. tapi mak beli jugak la software yang leh amik balik gambar-gambar yang dah delete dalam phone. Walaupun Mak dah tak berduit cos takde gaji (RM140), tapi Mak tak sanggup kehilangan gambar-gambar Razin ni sume... bengang gile waktu tu sebab tak sempat transfer gambar and hp breakdown :(

Mula-mula isi perut dulu...
Ayah belanje... =p
Lame gile tak makan kat sini sampaikan tak tau ade beberapa menu baru... haha




Pastu jalan-jalan kat Taman Monyet/Taman Paya Bakau



Actually ade amik gambar masa kat atas jambatan gantung ni tapi file tu dah corrupted sesangat and takleh recover walaupun pakai software yang dibeli :'(

Baby wearing daddy!
Sweet! ^___^



Then malam tu tido kat Best Western Hotel, Marina Island.
Ayah bawak sekali beg baju yang dah pack sebab esoknye (Ahad) Ayah nak naik bas kul 9 pagi balik Johor.




Kat hotel ni ade amik video Razin yang excited gile dok hotel (macam biase).
Tapi video tu takleh recover!!
Bengang betul Mak sebab tak dapat simpan rakaman Razin berlari-lari dalam bilik hotel and main dengan cermin yang besar gedabak (yes, kelakar gile!)
Sedih sangat!
T___T


Hanya gambar-gambar dalam entry ni yang sempat diselamatkan...

The view from our room/apartment

Kat bawah tu ade swimming pool (xnampak dalam gambar)

And yang dalam gambar tu lagoon yang dalam construction...
macam tak abis siap je lagi...

Breakfast pukul 9.30 pagi selepas hantar Ayah ke stesen bas Lumut.
Razin and Mak tak mandi lagi tapi selambe jelahhh hahaha...
Nasib baik dah tak ramai orang... :p
Baju tidur Razin dah bertukar cos you peed a lot sampai basah-basah baju pijama


Lepas makan baru mandi (buncit laaa)

Razin penakut nak duduk dalam tab besar-besar ni sesorang. Bila mak masuk sekali baru senyap and seronok tepuk-tepuk air. Excited la tu...

Sekian...

Lepas lunch kat hotel, kita pun blah balik rumah.

:)

www.tips-fb.com

Sunday, February 19, 2012

Happy little baby

Razin is a happy baby!

He loves to play and play... he loves to rearrange mommy's tupperware in the kitchen cabinet and throws his plushies all over the house.

Sabo jelah Razin ni...

Razin tak reti minum guna sippy cup or straw yet. Kalau bagi mesti tumpah and terbatuk-batuk. Padahal Tommee Tippee's Flip Top tu bukannye jenis tumpah. Kalau sedut baru air kuar... I guess Razin belum reti lagi so lantak la...





Razin dah 11 bulan lebih and luckily he still fits in his Bumbo seat. Bagus sesangat! Sebabnye Bumbo je satu-satunya tempat yang dia terperangkap and kena sit still. Haha...

Aku bagi Razin makan dengan letak dia dalam Bumbo since I still haven't bought a high chair for him. I guess maybe takyah kot? Entah. Nak pindah ni malas dah aku nak beli ape-ape barang untuk menambah semak. :p

Razin suke makan makanan orang besar. Aku risau tercekik je tapi bagi gak... yela dok mengendeng-ngendeng sian la plak. hehe...

Razin is mommy's little baby. Razin selalu ikut Mak pergi mana-mana. Pergi Poslaju, pergi supermarket, pegi pasar maLinklam. It's just the two of us... Ayah jauh... nak buat macam mana...

Semalam first time kita pegi pasar malam berdua je. Selalu Ayah ada... tapi Mak pun tak teringat ada pasar malam kat Giant tu. Memula pegi sebab nak transfer duit kat Mak Long jer.. then tengok ade pasar malam, singgah la beli dinner hehe... Razin was such a good boy inside Mommy's BRAND NEW Ergo. haha... saje nak melaram. Lagipun, how else was I going to carry you and shop at the pasar malam kan?? Razin dah 10kg! Berat... tak koser heh nak dukung tanpa carrier. Alamatnye 10minit jela Mak kat situ. =p


Dah sampai kat kereta baru teringat nak amik gamba.
But then, blur sebab segan orang tengok.
Ni la dia kalau jalan sesorang je adult. huhu...

**Ergo sangat best and I greatly recommend any new parents to buy one of these!
(Tapi baby dah 3,4 months baru leh dok dalam ni... kalau nak bagi newborn duduk, kena beli infant insert)



Razin bangun awal pagi ni time Subuh. Dah lama Razin tak bangun Subuh... Tapi sebab hujan lebat and bunyi guruh kot? Bangun-bangun je cari Mak nak nenen. Mak malas nak turun bawah buat susu so bf jela. As expected, tak cukup susu kot so lastnye turun bawah gak... and terus buat kerja-kerja and melayan Razin explore the house.

Now Razin dah tido sebab Mak tidokan. Mak nak update blog! haha...

Susah nak online lately sebab Razin wants my 200% attention. Time nak tido pun susah nak tidokan lately. So selalu jela laptop Ayah tu terkangkang online sampai pagi tapi Mak tak sentuh sebab Mak pun tertido sekali. Penat melayan Razin and tension sebab takde masa sendiri.

Haihhh... dugaan betul nak besarkan anak sorang-sorang. Truly salutes single mom yang berjaya manage sesorang tanpa mengeluh. huhu
www.tips-fb.com

Sunday, February 12, 2012

Razin turns 11 months!

Today is 12th Feb sebab dah lepas jam 12 malam.

Time ni la baru aku ada masa nak online.

Razin yang dilahirkan pada 11 March tahun lepas is now 11 months! 1 more month to go and he'll be 1 year old. Oh my... how time flies! (cliché, cliché, cliché! I know! But I don't have other sentence than that to express just how fast time goes that I found unnerving at some point!)

Now we're in Best Western Hotel in Marina Island. Razin is already asleep. Dear hubby is tossing and turning in bed and I am perched on the writing table with hubby's laptop on to surf the Internet (and to update blogs too!)

Kebetulan je tetiba tido sini... Koperasi tempat Nini kerja ade buat kursus ke hape tah untuk Nini and other employees so Nini dapat la tido kat hotel ni sebab esok pun ada program lagi. Tetiba dia dapat bilik sorang! Well, technically, it's not really a room. Macam apartmen sebenarnya sebab tempat ni luas and ada another bedroom inside this 'apartment'. Ade pantry siap ngan sinki segala and ade tempat sidai baju kat luar. Leh letak mesin basuh kat luar tu.

So Nini ajak la kitorang tido sini. Hubby was reluctant at first but aku pujuk sebab nak teman Nini, dia ikut jela.

Razin??

Razin macam biase la... masuk hotel je mesti 'peghak' sikit. HAHAHA...

Excited gile hokeh. Sebijik macam masa dok hotel casa de la rosa kat cameron last December. Ade satu cermin besar dalam bilik ni and lawak gile tengok Razin main dengan cermin. Aku siap record video lagi tapi nanti-nantila upload. hehe...

So this is what... the 4th time Razin tido hotel?

1st, Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan
2nd, Hotel Casa de la Rosa, Cameron Highlands
3rd, Hotel Langkasuka, Langkawi (hotel paling simple and murah)
4th, Hotel Best Western, Marina Island.

Umur belum setahun dah merata hotel pergi eh. Mak masa kecik-kecik dulu tak pernah merasa tau Razin. Ayah tu lagi la... Sila bersyukur ok.

Tetiba rasa macam nak cerita tentang pengalaman-pengalaman hubby masa kecik... tapi lenkali la. Ni blog Razin ok. :P

Razin oh razin...

Ape lagi nak citer tentang update?

Mak busy gila bulan ni dengan bizz. Banyak benda nak settle sebab shipment and order-order dari supplier banyak received this month. Then busy nak cari tenants untuk rumah lagi... Sorry kalau Mak macam tak layan Razin sangat. huhu...

Mak memang kena online everyday. Nasib baik la ade beli smartphone kan... kalau takde memang susah. Tapi online guna smartphone tak puas and tak cukup. Mak still kena on lappy untuk print itu ini, edit gambar la ape la... macam-macam...

Who says dok umah jaga anak senang?

Well, kalau dok umah jaga anak n umah je senang la kot... but I'm doing a small business as well. And that really took my time. uhuhuhu... takpela. bersusah-susah dahulu...

eh... macam lari topik lak.

Ni blog Razin la. Nak citer tentang update Razin yang dah 11 bulan.

Ok ok...

1. Razin dah banyak mengomel. Macam nak cakap. Tapi tak tau ape butir cakapnye...

2. Makin tak reti dok diam. Ya Allah seksa betul la lepas mandi nak pakaikan lampin and baju. Asyik menggeliat sana sini and nak lari je. Mentang-mentang dah boleh lari! Penat aku nak mengejorrr... Kekadang tak koser nak kejor. Lantak situ. That's why Razin SELALU pakai baju n cd je. Nak pakai suar tak sempat. Elok pun. Jimat seluar. Seluar Razin semua lawa-lawa dan macam baru sebab tak berpakai sangat. HAHAHA.

Nasibaik la pakai t-shirt and cloth diaper je pun dah comel. Macam lengkap gak le sebab cd tu macam short pants. Cer kalau pakai t-shirt and pampers? ermmm.. tak comey. =P


3. Gigi Razin dah ada berapa batang eh... Rasa-rasa macam 5 batang. Ntah. Tak sempat nak kelebek. Tapi yang pasti, 2 batang gigi bawah. And kat atas ade 3 batang gigi. Kat atas tu, 2 batang kapak front tu besar sangat! Lagi besar dari 2 batang gigi bawah yang comel tu. Dahle tu, gigi atas yang besar tu cam jarang sikit antara satu sama lain. wakakaka... ape la Ajin. Ikut gigi sape ni?? Gigi Mak lawa jer... :P

Gambar tak dapat nak amik sebab Razin tak reti dok diam (sila refer point no.2)


4. Razin is a happy kid! He loves other babies and toddlers. Aritu masa pergi umah Maliza bertunang, ada anak buah dia umur dalam setahun kot gegirl. Razin punyerla ramah nak pergi 'sayang-sayang' and tegur-tegur. Datang dekat gegirl tu and sondol kepala dia kat orang tu nak 'sayang'. Letak kepala dia kat bahu budak tu. Pandai pulak!! hahaha... ngengada je Ajin... Tak sabar lak nak bagi Ajin adik. :P I think he wants friends. Haihhh kat mane nak cari playgroup kat Lumut ni ek? Aku ni dahle tak berkawan ngan orang... Merap kat umah je. huhu...


5. Razin dah pandai sambut Ayah depan pintu grill. Sebelum ni dia tak pernah kisah bunyi kereta or orang datang, tapi sekarang dah pandai. Arini sambut Ayah depan grill and Ayah pun terkejut (cam terharu pun ada la tu). But then, selama ni keje aku memang tutup pintu umah... tadi lak tetiba pintu buka and grill je tutup. Hmmm...


6. Bab makan lak, Razin suka makan ape yang Mak and Ayah makan. Orang makan je mesti dia nak mengendeng. Bab minuman lagi la... pantang tengok orang minum, mesti dia nak. Nak minum dari cawan orang besar. Berlagak! Bagi air masak pandai lak sembur-sembur tak nak. Ngengada... Razin belum boleh minum straw. Sippy cup aku ada bagi masa dia 9 bulan dulu tapi dia takmo. So tak bagi dah. Ermmm nanti nak try bagi... dia nak ke x...


Ape lagi ek..

Selain dari kuat berjalan and berlari sana sini (orang dah dapat kaki awal la katakan), he's a healthy and happy kid.

Love you so much cibombom!

Muahsss...

Lagi sebulan nak birthday. Tak tau nak celebrate birthday Razin camne. Malas aihhh nak buat party2 ni. Tunggu Opah offer nak buat jamuan ke hape. HAHAHA... Biase la, Mak Ajin ni malas. Buat makan-makan kita-kita je udah. =p

Aku tengok mommies lain dah sibuk2 buat planning birthday party for their child yang dah nak cukup setahun ngan goodie bags segala. Ermm... takpela Ajin. Buat biase2 je udah. Mak Ajin ni dah takde gaji tau so silakan berjimat. Dahle aqiqah Ajin pun tak buat lagi ni! Aiyooo... bile nak buat tah. Hopefully dapat buat sekali masa Razin turns ONE. Insya Allah.

Till then, adiosss! www.tips-fb.com

Friday, February 3, 2012

Razin demam! #2



Razin demam sejak petang kelmarin... hari Rabu petang dah rasa badan dia panas-panas...

Malam tu aku suh Nini beli panadol syrup and kool fever. Sebab suhu badan dah 39.1 degree celcius. Malas nak bawak pergi klinik cos aku tengok Razin ok je... aktif... cuma badan je panas.

Taken pada Rabu malam (1/2/2012)


Aku rasa dia berjangkit dari aku cos aku memang demam since Jumaat lepas. Sampai sekarang tak baik-baik lagi... but dah ok sikit la... selsema and batuk je tak hilang. Demam takde dah....

As for Razin, pagi tadi pun badan dia panas lagi. Bagi makan ubat jela... nasibaik dia suka je makan ubat (sebab manis kan) so ok la... Time petang tadi badan dia panas jugak tak turun-turun so aku tanggalkan baju dia... seluar pun tanggal... tinggal cloth diaper je...nasibaik la pakai cd ni comel... takde la nampak bolen* tak berbaju...

Sian Razin... muka tak sihat kan...
Photo taken petang semalam (Khamis 2/2/12)



Tak sihat, tak sihat pun kejenya nak tawaf satu rumah... Bile kena tangkap dengan Onyang, marahhh... dia nak jalan-jalan...


Lepas minum susu, makan ubat terus tido dalam buaian.
Lama betul dia tido... terjaga sebab terkejut bunyi guruh yang kuat gile (aku pun terkejut)

Bangun dari tido around kul 5.45 petang, terus mandi...
Suhu badan dah kembali normal...

Tapi malam ni aku rasa badan dia cam panas jugak lagi sikit-sikit....

Haihh...

Cepatla sembuh, Razin...

Esok kita kena balik Lumut sebab nak sambut Ayah balik... Ayah sampai tengah malam kot cos gerak dari Johor lepas solat Jumaat...

Alhamdulillah Razin ni takde la banyak ragam time demam kali ni... merengek2 tu biase la...

And keje nya nak melekap ngan Mak. Melampau-lampau nak bf sampai aku macam dehydrated jadinya... takpela demi anak kan...


*bolen = bogel
www.tips-fb.com