Tuesday, March 6, 2012

Razin at Marina Island


Razin dah kena bawak ke Beruas petang tadi... Mak Yang Nini and Mak Teh Diyana datang amik. Ni sebab Mak Long Ajin la... rindu kat Ajin and pujuk rayu Mak suruh bagi your aunts take you to Beruas today. Mak Long cuti sampai Khamis... so dia nak jaga Razin before Razin ikut Mak & Ayah ke Johor.

Petang tadi kita sempat pergi Poslaju untuk Mak pos barang-barang customer, then kita pergi Marina Island sebab Mak nak say goodbye to Mak's former colleague, Ganesh. Entah bila plak jumpa lagi...

Di samping tu, saje la nak bawak Razin jalan-jalan kat Marina Island. Name je rumah sekangkang kera ngan Marina Island, tapi Razin tak pernah pun lepak tepi pantai kat situ...


Sampai2 Marina Island, Razin tengah tido...
So Mak letak Razin dalam Ergo (baru punyer!) and snap on the sleeping hood.
Razin terus tido jer sampai la Mak dah boring, so Mak buka sleeping hood Ergo tu nak bagi Razin jaga... hehehe



Nak tido jugak! Nak tido jugak!


Ala... lastnyer Razin jaga jugak sebab terang dengan cahaya... :p




Lepas lepak-lepak Marina Island and main-main ngan uncles di ofis Hertz, kita gerak pergi rumah Uncle Danial plak... Ayah nak juga roommate dia masa zaman bujang di dalam base dulu...

Opah (Mak Uncle Danial) bagi Razin duit. TAK PERNAH langsung Opah tu tak bagi Razin duit kalau dia jumpa Razin. SETIAP kali jumpa Razin mesti dia bagi Razin duit... Sampai Mak segan sesangat. huhuhu... Cepatla Uncle Danial dapat baby (semoga cepat la Allah kurniakan dia anak) supaya dapat Mak nak balas semua perkara baik yang Opah buat kat cucu dia pulak...

Dalam 6.30 petang camtu kita pun balik... Time Razin dah sudah mandi, Mak Yang and Mak Teh pun datang nak amik Razin. Kali ni Mak suruh Ayah letak carseat Razin dalam kereta Vios Opah. Mak risau kalau Razin naik kereta tanpa carseat. Sebab Razin tak reti dok diam! Plus, sangat2 merbahaya... I don't even want to think about what would've happened if you're restless and you're not buckled properly in the car. :(

Since Razin dah ke Beruas, Mak dan Ayah pegi tengok wayang malam ni! hahaha... Uncle Danial ikut sekali... His wife, Auntie Faizah kerja shift malam kat Uitm Sri Iskandar (librarian) so tak dapat join... Kitorang tengok Adnan Sempit 2. Tah ape2 je ceritanya tapi sebab Mak menyibuk ikut Ayah and Uncle Danial, diam jela :p

Lepas tengok wayang, makan char kuey tiow kat Manjung. Port baru kat KIA dekat tempat Mak sewa bilik zaman praktikal dolu2...

K lah, jadi macam blog Mak pulak....

Till then

Adios

p/s: There's going to be pre-birthday celebration for you this Wednesday (7th March) sebabnye by 11th March kita dah kat Johor with a new rented house yang confirm tak cukup serba-serbi. huhu... So kita sambut awal kat Beruas ye...
www.tips-fb.com

No comments: