Sunday, March 11, 2012

Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama, Razin!

11 March 2012

Dah setahun berlalu, sayang...

Anak Mak dah setahun.

Mak rasa Mak belum jadi mak yang terbaik untuk Razin lagi. Mak selalu marah-marah Razin. Mak selalu terjerit-jerit dan kadang-kadang ignore Razin. I know that's not a good parenting thing to do, but I still do it. I regret fully on what happened, Razin... tapi, Mak ni bukan manusia yang cukup sabar. Kadang-kadang Mak tak tahan dengan sikap Razin yang sangat-sangat clingy sampai Mak tak boleh buat kerja Mak.

Sejak Razin dah pandai jalan at 10 months old, Razin makin aktif dan semakin sukar dikawal. Razin tak reti duduk diam. Yela, nama lagi budak-budak... so, Mak agak penat nak melayan dan melarang Razin dari makan kertas, 'kemas' barang etc. Bila nak penat, tu yang kadang-kadang Mak TERjerit and marah Razin...

Mencabar menjadi seorang ibu ni...

Sangat-sangat mencabar.

Ok. Let's not talk about negativity on your birthday.

It's your birthday, sweetheart!

Razin sambut birthday 2x tahun ni... Sekali di Beruas pada 7th Mac lepas, dan hari ni di Kulai, Johor... di rumah Pak Ndak and Mak Ndak.

Razin's pre-birthday cake.
Opah tempah kat Sunlight, Sitiawan.
Sedap gak... kek blackforest. hehe...
Yang tempek muka Razin tu pun Opah yang beria-ria tempah kat kawan dia.
So there you go, cake with your face on it!

On your pre-birthday party, Opah made 'nasi tomato'.
Gile-gile punya sedap sampai Mak tambah 2 pinggan.
Adoi... teringat nasi tomato Opah. Lapar plak... ermmm...

Ramai orang datang time pre-birthday party tu.
Adik-beradik Mak semua ade kecuali Pak Uda yang mengajar kat Pahang.
Pastu Opah ade jemput jiran-jiran macam Opah Not (Mama) yang bawak cucu-cucu dia, Ustazah Ina, Mak Cik Zila, Mak Cik Nab and family, Opah Pah and Tok Junaidi etc..
Semua kawan-kawan Opah jer. hehe...
Ala buat kecik-kecik jer... saje buat makan-makan...

Gambar tak sempat transfer. Ade dalam BB Mak and Ayah. Tapi kualiti gambar kureng huhu...



Ni plak birthday cake Razin hari ini.
Ayah beli kat IOI Mall.
Kek coklat jugak... and lazatttt!
Sedap tau Ajin.
Sian Ajin tak dapat makan. hehehe...


Muka seposen sebab nak kuar dari Bumbo.
Mak Andak buat soto sempena birthday Razin.
Ayah lak beli KFC 21 ketul. huhu...


Harapan Mak, semoga Razin membesar dengan sihat dan cerdik sentiasa... dan mudah-mudahan Razin bakal menjadi insan berguna, anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

Despite all the shouts I accidentally gave you, I LOVE YOU with all my heart.

Mak sayang anak Mak sangat-sangat.

Muahhhs.
www.tips-fb.com

1 comment:

wifenavy said...

waa!!! tak sangka Razin dh setahun.. Hepi Belated Besday!!!.. Best tengok anak membesar depan mata kan?