Tuesday, May 30, 2017

Razin pertama kali berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah dah masuk hari keempat berpuasa dan Razin masih kuat puasa penuh.

Mak dah tak puasa since semalam (hari ke-3) sebab cuti, Mak ingatkan kalau Razin tengok Mak makan, Razin nak makan... tapi tak!

Lega Mak. =)


Semalam gerak dari Pahang pukul 11 pagi, singgah Cameron beli strawberries then sampai rumah Opah (Beruas) around pukul 5 petang.

Berbuka kat rumah Opah best la cos ramai ade... pak uda, mak yang, pak uchu, mak teh, abg yoi, opah...

"Razin, seronok tak puasa?" Mak tanya

"Seronok!" and you seem genuinely happy breaking fast.

"Kenapa seronok?"

"Siang puasa, tak makan... malam boleh makan!" and you beamed.

Alahai... simple je jawapan budak 6 tahun.

I hope you remember this Razin. The joy of fasting and breaking fast.

And I hope you remember what I told you about "kenapa kita kena puasa"

Cepatnye Razin besar...

Semalam, the whole way balik Lumut, Mak mengenangkan how time flies so fast.

You now sleep in your bedroom, and now you have started fasting seriously too. I am so proud of you, son.

I hope you will have the best of life and the hereafter.








alhamdulillah...

www.tips-fb.com

Saturday, May 20, 2017

Razin's Sport Day

bismillahirrahmanirrahim...



Tadika Razin baru buat Hari Sukan today.

Kali ni bala tentera (Opah, Mak Yang, Mak Teh & Abg Yoi) takde... so it's just us.

Ayah pergi dulu hantar Razin pukul 8. Mak and Raul & Raiq datang kemudian around 10 am ish. Berperang nak mandikan dua orang budak tu. Haih...



Tahun ni Razin rumah merah plak. Sebelum-sebelum ni Hijau...




adoi.. lebarnye muka Mak!
Lama tak pergi gym. berat pun naik.
Huwaaaaaa





Ni Raul nak melarikan diri dari orang ramai-ramai.
He stayed in the car by the way. Cos dia takut bunyi bising dari mic & speaker.
Sabo jela





Ni Raiq yang tak takut orang. Happy to be out.
Tapi dia ni kan dah seminggu lebih mencabar kesabaran Mak and dah 1,2x I lost it.
Ntah ape hal asyik nak melalak je kerjanya.
Bangun pukul 2,3 pagi melalak. 
Kekadang sambil tengok tv, sambil makan pun melalakkkkkkkk tak habis-habis.

tension gila.

tapi tengok la pic tu. hepi kemain. huh!



Now Mak kat kedai sebab nak settlekan keje sikit... alang-alang update blog terus.

By the way, dah order refurbished desktop kat Shopee. Less than 1k. Hopefully ok la. aku doa sangat-sangat semoga ok huhu... Pasni leh wat keje dari rumah je hehehe...

Sekian, adios




Written By Ryehana
alhamdulillah...
www.tips-fb.com

Monday, May 15, 2017

Raul's 3rd Birthday

bismillah...



Birthday Raul tahun ni jatuh pada hari Ahad minggu kedua di bulan May, iaitu hari ibu.

So kita sambut sekali jela. Ayah pun beli kek tulis Mother's Day sekali. Jimat.

Tapi malangnya Raul tak sihat. Demam and ada ulser dalam mulut. Sian Raul :'(


Ayah beli kat Sunlight Cafe. Sedap jugak. Licin... Jimat. =P
Raul tak makan pun kek ni. alahai cian Aul...




Simple celebration je.

Happy Birthday, Raul!




Gambar pun asal ada.



Raul tak makan langsung hari tu. Minum susu je. Tu pun tak banyak. Semua orang risau. Sian sangat...

Then we went to Ulu Licin untuk mandi sungai! Yes, Mak yang nak sangat-sangat berendam. Kita pergi pukul 1.50 petang, time tengah panas terik hehe...


Ramai orang kat lata. Usual spot takleh nak pergi, so melepak port lain... ok la jugak, takde batu. best berendam...







Seronok Raul main air :)




Photos taken by Ayah.

Jadila... takdela bosan mereput je kat umah.

Raul & Raiq mula-mula takut cos air sejuk gila. Then lama-lama baru ok... Raiq siap tak nak naik, tak nak balik hehe...

Pukul 3 kita balik. Kejap je mandi-manda... sebab petang tu nak balik Lumut pulak.




Raiq yang cranky sebab tak puas mandi.
Tak padan ngan kecik and dah terendam satu badan.. tak serik.. tak nak orang pegang lak tu.
Sabo jelaaaa...
Actually dia melalak-lalak dalam kereta, bila Mak snap pic, baru terdiam sekejap. Cover macho hehe...




Raul yang kesayuan. Ni masa otw balik Lumut.
Mak drive sorang cos Ayah bawak balik kete Wira, and he went back earlier.

Raul guna botol berisi air sejuk and tuam kat pipi nak legakan ulser.
Kesiannnnnn


Ni gambar harini.
Raul meragam je kejenya sampai Ibu pun pening.
Mak kalau ikutkan malas nak masuk kedai, tapi sebab Pak Uchu kamu sakit kaki, terpaksa la masuk kedai jugak. Nanti barang2 yang customers order tak berpos pulak.



Ni kisah Pak Uchu kamu.. eh masuk jugak dalam blog ni? hehe...


ok, itu sahaja.

Jumpa lagi di lain lapangan.


alhamdulillah...
www.tips-fb.com

Wednesday, March 22, 2017

Razin's 6th birthday

bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah... anak sulung dah 6 tahun. Here's a little updates on Razin's birthday last 11th March.




Like always, we had a small celebration in Beruas. Opah made nasi ayam and fried some crabs which were awesome heheh...

Abis makan-makan, we went to Ipoh cos Mak dah booked a room to stay for a night at Weil Hotel, Ipoh. Dah lama sebenarnya Mak nak stay situ cos sebelah Ipoh Parade. Since it's Razin's birthday and I know how much you loveeeee staying in a hotel, so I booked a night. Plus, I want to reward myself too. I afterall had given birth to you, Razin. Hehehehe

Ayah tagged along cos he's the driver. Mak nak bawak Mak Yang actually, tapi since Ayah balik, ok.. pergi jelaa...


Kena upload jugak gambar Mak. 
Untuk "baling belakang", this was my face when I'm 32 years old.
Anak tiga. huhu
Muka tak mekap and tanpa filters.
(oh tapi pakai lipstik)




Check in 2pm 11hb March 2017.



Rileks and berendam dalam tub dulu. 
Rasmikan bathbomb beli dr Bathbomb Malaysia kat Shopee.



Razin pun nak jugak...




Dah petang, mula lapar... merayap ke Ipoh Parade di sebelah. Kebetulan ada auto show.
Gambar Ayah kat atas sebijik posing macam Raul. Hahaha...
So tau la yer Raul ikut sape...


Balik dari makan just melepak kat bilik until Razin ajak Ayah pergi mandi pool.
Kena naik rooftop.


Tak sesuai for kids yang tak tau swimming cos kolamnye dalam.



I wish Ayah captured moments of Mak and you boys like this.
But did he? No.
Unless I told him to. -__-






Ok tu je aktiviti petang.

Dah nak Maghrib turun bilik...

Ayah nak tengok bola malam tu so he didn't want to accompany me to watch a movie at GSC.

Luckily Razin nak je ikut Mak kan...

So we watched a movie at 8.10pm.

Initially Mak planned nak tengok Kong (Skull Island) tapi dah full. So tengok Collide instead.


Okla cite ni. Action packed.

Balik around 10 pm camtu. Tapaukan Marrybrown and makan kat bilik. 
Lama gile tak makan Marrybrown hahahaha...

Esok check out pukul 11. Awal dari biasa cos Ayah nak balik Putrajaya.
Kena singgah Beruas amik Raul & Raiq.




Abaikan Mak pakai tudung sama dari semalam.
Pedulik hape haku... hahaha



Hantar Ayah naik bas balik Putrajaya cos kereta kena tinggal untuk proses tukar nama.






So yeah... that's how your birthday was on 11th March 2017, Razin.

I hope you grow up to be a wise man, book smart & street smart. Mak doakan Razin besar jadi anak yang soleh dan berguna. Bertimbang rasa, penyabar and penyayang. Hidup ni banyak pancarobanya nak... kadang-kadang kita diuji sampai rasa tak mampu nak tanggung beban, tapi hidup mesti diteruskan. Dekatkan diri dengan Allah and you will be okay. I love you so much son. I hope you get to read this one day and know just how much I love you =)
www.tips-fb.com