Monday, May 15, 2017

Raul's 3rd Birthday

bismillah...



Birthday Raul tahun ni jatuh pada hari Ahad minggu kedua di bulan May, iaitu hari ibu.

So kita sambut sekali jela. Ayah pun beli kek tulis Mother's Day sekali. Jimat.

Tapi malangnya Raul tak sihat. Demam and ada ulser dalam mulut. Sian Raul :'(


Ayah beli kat Sunlight Cafe. Sedap jugak. Licin... Jimat. =P
Raul tak makan pun kek ni. alahai cian Aul...




Simple celebration je.

Happy Birthday, Raul!




Gambar pun asal ada.



Raul tak makan langsung hari tu. Minum susu je. Tu pun tak banyak. Semua orang risau. Sian sangat...

Then we went to Ulu Licin untuk mandi sungai! Yes, Mak yang nak sangat-sangat berendam. Kita pergi pukul 1.50 petang, time tengah panas terik hehe...


Ramai orang kat lata. Usual spot takleh nak pergi, so melepak port lain... ok la jugak, takde batu. best berendam...







Seronok Raul main air :)




Photos taken by Ayah.

Jadila... takdela bosan mereput je kat umah.

Raul & Raiq mula-mula takut cos air sejuk gila. Then lama-lama baru ok... Raiq siap tak nak naik, tak nak balik hehe...

Pukul 3 kita balik. Kejap je mandi-manda... sebab petang tu nak balik Lumut pulak.




Raiq yang cranky sebab tak puas mandi.
Tak padan ngan kecik and dah terendam satu badan.. tak serik.. tak nak orang pegang lak tu.
Sabo jelaaaa...
Actually dia melalak-lalak dalam kereta, bila Mak snap pic, baru terdiam sekejap. Cover macho hehe...




Raul yang kesayuan. Ni masa otw balik Lumut.
Mak drive sorang cos Ayah bawak balik kete Wira, and he went back earlier.

Raul guna botol berisi air sejuk and tuam kat pipi nak legakan ulser.
Kesiannnnnn


Ni gambar harini.
Raul meragam je kejenya sampai Ibu pun pening.
Mak kalau ikutkan malas nak masuk kedai, tapi sebab Pak Uchu kamu sakit kaki, terpaksa la masuk kedai jugak. Nanti barang2 yang customers order tak berpos pulak.



Ni kisah Pak Uchu kamu.. eh masuk jugak dalam blog ni? hehe...


ok, itu sahaja.

Jumpa lagi di lain lapangan.


alhamdulillah...
www.tips-fb.com

No comments: